Monday 19 August 2013

Tun M Bantah Surau di Tanjung Sutera Resort Dirobohkan

alt
 
Pihak berkuasa sewajarnya mengambilkira desakan penduduk di Sedili Besar, Kota Tinggi, Johor yang mahu surau milik Tanjung Sutera Resort dirobohkan kerana membenarkan sekumpulan penganut Buddha dari Singapura mengadakan upacara Agama baru-baru ini.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, walaupun mempunyai pandangan berbeza berhubung isu itu, tindakan sewajarnya dilakukan mengikut suara masyarakat yang menetap di sekitar resort berkenaan.

"Untuk merobohkan surau saya tak tahu. Saya ada pandangan yang berbeza. Tetapi penduduk di situ mahu ia dirobohkan. Jadi adalah lebih baik pihak berkuasa merobohkan surau itu.

"Kita harus mengikut kehendak penduduk di situ," katanya dalam sidang media ketika mengadakan majlis rumah terbuka di rumahnya di sini semalam.

Mahathir juga berpandangan, tindakan menarik balik status Penduduk Tetap (PR) terhadap pemilik resort tersebut bukan satu keputusan yang melampau.

Katanya, kerajaan berhak mengambil tindakan itu terhadap pemilik resort 45 tahun yang berasal dari Singapura itu.

Sebelum ini, Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) Datuk Nooh Gadut mencadangkan agar surau itu dirobohkan kerana memiliki ciri-ciri meragukan dan penunjuk arah kiblat yang salah.

SUMBER

0 comments:

Post a Comment