Friday 23 August 2013

Alvin dan Vivian Mahu Cabar Kesahihan Akta 298A

alt
 
Blogger seks Alvin Tan dan Vivian Lee telah memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dua hari lepas untuk mencabar kesahihan akta 298A kanun keseksaan kerana bercanggah dengan perlembagaan persekutuan.

Peguamnya Chong Joo Tian berkata, akta 298A adalah bercanggah dengan perlembagaan persekutuan atas dua alasan.

"Alasan pertama adalah bertentangan dengan hak asasi anak guam saya dan kedua atas alasan bahawa akta 298A ini hanya terpakai kepada orang-orang yang beragama islam dan anak guam saya tidak patut dikenakan akta 298A ini." katanya selepas sebutan kes Alvin Tan dan Vivian Lee.

"Jadi dua alasan ini, kami akan buat hujah di mahkamah tinggi, oleh kerana permohonan ini baru difailkan dua hari lepas kami beluam dapat apa-apa tarikh bicara untuk permohonan tersebut," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mahkamah Seksyen telah memutuskan tarikh pengurusan kes pada 19 September ini kepada tiga pertuduhan yang dikenakan keatas Alvin Tan dan Vivian Lee.

"Buat masa sekarang kami akan menimbulkan isu berkenaan dengan 298A sama ada ianya bertentangan dengan artikel 10 perlembagaan persekutuan atau pun tidak." katanya.

Pasangan kontroversi itu telah mempersenda kedatangan Ramadan apabila memuat naik gambar sedang menikmati hidangan dengan kapsyen 'Selamat Berbuka Puasa dengan bak kut teh (sup tulang babi)... wangi, enak dan menyelerakan'.

Alvin atau nama sebenarnya Tan Jye Yee, 25, dan Vivian Lee atau Lee May Ling, 24, masing-masing mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan yang disabitkan.

SUMBER

0 comments:

Post a Comment