Wednesday 21 August 2013

Rafizi Tarik Balik Kenyataan Unsur Fitnah Terhadap Zahid Hamidi

alt
 
Pengarah Strategi Keadilan Rakyat, Rafizi Ramli hari ini menarik balik kenyataan berunsur fitnah terhadap Menteri Keselamatan Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Sehubungan itu, Ahmad Zahid, menarik balik saman sivil terhadap Rafizi yang didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadapnya tahun lalu.

Namun yang demikian Rafizi ketika ditemui pemberita menafikan tindakannya menarik balik kenyataan itu sebagai permohonan maaf.

"This is not apologies (ini bukan memohon maaf),"katanya ketika ditemui pemberita di Mahkamah Tinggi di Jalan Duta di sini.

Sementara itu menurut peguam kepada Ahmad Zahid, Datuk Saseedharon Menon memberitahu pihak anak guamnya membuat keputusan menarik balik saman sivil ke atas Rafizi setelah perbincangan kedua-dua belah pihak mencapai persetujuan di dalam mahkamah.

  "Kebimbangan Rafizi berhubung kenyataan salah beliau (29 Dec 2012) dan memutuskan untuk tidak mengulanginya. Kedua-dua pihak berpuas hati dengan keputusan di dalam mahkamah," katanya.

Keputusan mahkamah dicatat oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Lee Heng Cheong.

Sebelum ini kenyataan Rafizi yang juga merupakan Ahli Parlimen Pandan itu mula disebarkan di laman blog miliknya rafiziramli.com bertarikh 29 Disember 2012 antara lain mendakwa Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan Boustead Holdings yang dimiliki Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) membuat bayaran RM160 juta kepada Astacanggih Sdn Bhd dan Awan Megah Sdn Bhd akan menjejaskan projek-projek pertahanan dan merugikan anggota tentera.

Dalam kenyataan tersebut turut mengaitkannya dengan tawaran tanah yang mempunyai hubungan dengan ahli perniagaan Deepak Jaikishan.

Antara lain ia menggambarkan persepsi Ahmad Zahid menyalahgunakan dana awam melibatkan sumbangan anggota tentera di Tabung Lembaga Angkatan Tentera.

SUMBER

0 comments:

Post a Comment