Wednesday 28 August 2013

Guan Eng Arah Boikot Filem Tanda Putera

alt
 
Kerajaan Negeri Pulau Pinang hari ini meminta semua pengusaha wayang di negeri itu tidak menayangkan filem Tanda Putera yang akan mula ditayangkan pada 29 Ogos ini kerana mendakwa terdapat babak yang mampu menimbulkan provokasi perkauman.

Ketua Menterinya, Lim Guan Eng berkata, filem tersebut mengandungi babak fitnah yang boleh menimbulkan provokasi dan perasaan benci antara kaum kerana terdapat babak beberapa pemuda Cina dipaparkan membuang air kecil di perkarangan rumah Menteri Besar Selangor serta di satu bendera Malaysia.

"Pengarah filem sendiri berkata beberapa insiden tersebut tidak berlaku namun beliau dengan sengaja menambahkan babak berkenaan bagi menjadikan filem tersebut lebih menarik.

"Beliau dengan sengaja menggunakan perkataan 'lesen kreatif' namun ia tidak memberikan ada lesen untuk menimpu," katanya pada sidang media di pejabatnya di Georgetown di sini hari ini.

Guan Eng turut melahirkan rasa kecewanya terhadap Kementerian Komunikasi dan Multimedia kerana membenarkan penayangan filem berkenaan tanpa memotong beberapa babak yang boleh mencetuskan provokasi.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow berkata pihak berkuasa tempatan telah mengeluarkan pekeliling kepada semua panggung wayang namun mereka tidak mempunyai kuasa ke atas kandungan filem bekernaan.

Bagaimanapun, dalam soal menjaga sensitiviti dalam filem berkenaan beliau berkata, Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Prai akan mengeluarkan surat meminta semua panggung wayang tidak menayangkan filem berkenaan.

Sebelum ini, Penerbit dan Pengarah filem Datin Paduka Shuhaimi Baba meminta pengamal media pembangkang disarankan untuk mengelakkan dari mencetuskan sebarang kontroversi berkaitan filem Tanda Putera di dalam penulisan.

Katanya, media perlu melihat sesebuah karya dari sudut positif dan tidak membuat spekulasi yang akan mencetuskan perbalahan khususnya yang akan meretakkan perpaduan di dalam negara.

SUMBER

0 comments:

Post a Comment