Thursday 22 August 2013

Punca Nahas Bas Akan Disiasat

alt
 
Kerajaan aka melakukan siasatan yang rapi dan terperinci serta mencari punca nahas bas di Genting Highlands, yang mengorbankan 37 nyawa serta mengakibatkan 16 yang lain cedera.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata pihak kerajaan akan mencari punca serta pihak yang bertangungjawab sehingga lubang cacing.

"Kita akan cari sampai ke lubang cacing punca terjadi tragedi yang cukup menyayat hati ini," katanya kepada pemberita di majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Bersama Menteri Pertahanan di sini malam tadi.
 

alt
 
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai nahas yang bas ekspres yang membawa 53 orang, terjunam 60 meter ke dalam gaung di KM3.5 Jalan Genting Highlands petang semalam.

Tambah Hishammuddin yang juga merupakan Menteri Pertahanan itu, beliau akan meminta agensi di bawah Kementerian Pengangkutan, khususnya Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), menggariskan cara bagi mencari punca nahas berkenaan.

 "Saya meminta agar semua pihak tidak menuding jari kepada sesiapa yang menunggu laporan awal lengkap.Janganlah hendak menuding jari kepada mana-mana pihak seperti yang selalu terjadi dalam keadaan beremosi," katanya.

Ditanya sama ada kerajaan akan meminta pengunjung tidak melawat pusat peranginan Genting Highlands buat sementara waktu, Hishammuddin berkata semua itu bergantung kepada siasatan awal sama ada ia berkaitan keadaan bas, pemandu atau keadaan jalan.

"Banyak sangat kemungkinan. Jadi, sebelum saya dapat maklumat yang lebih terperinci, saya tidak boleh memberikan keputusan yang tepat berkaitan perkara itu," katanya. Beliau turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa nahas.

SELANJUTNYA

0 comments:

Post a Comment