Monday 26 August 2013

Raja Nazrin : Jangan Jadikan Agama Modal Politik


Isu berkaitan agama perlu dibincangkan mengikut sifat keilmuan dalam keadaan musyawarah bagi mendapatkan persetujuan dan persefahaman.

Pemangku Sultan Perak, Raja Nazrin Dr Nazrin Shah bertitah, masyarakat perlu berhati-jati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaam agama kerana setiap kata-kata itu haruslah rasional dan tidak dipengaruhi emosi.

“Kompleksiti dalam menangani isu antara agama hendaklah difahami.

Perselisihan berlaku, sering kali disebabkan kurang fahaman terhadap sensitiviti sesuatu isu.

“Ia harus ditangani dengan penuh kebijaksanaan dan secara berhikmah, berupaya melihat sesuatu persoalan secara adil dan saksama, memahami pemikiran demi menjamin ketenteraman awam tidak akan terjejas,” titah baginda ketika Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama Sidang Dun Perak ke-13 di sini, hari ini.

Hadir sama mencemar duli, Raja Puan Besar Perak, Tuanku Zara Salim. Menurut baginda, negara tidak akan mencapai perpaduan atau kesepakatan mutlak dalam apa-apa hal sekiranya memilih jalan kekerasan dalam mengharungi mana-mana isu bukannya secara konfrontosi yang lebih baik.

 “Semangat yang terkandung di sebalik Perjanjian Hudaibiah yang dipelopori oleh Junjungan Besar, Nabi Muhammad SAW hendaklah diselami dan dijadikan panduan supaya umat tidak berakhir dengan nasib menang sorak, kampung tergadai,” titah baginda lagi.

SUMBER

0 comments:

Post a Comment