Tuesday 20 August 2013

Palanivel Optimis Pertahan Jawatan MIC

alt
 
Pemilihan Agung MIC bakal memperlihat jawatan tertinggi parti tersebut kekal dijawat penyandangnya ekoran tiada individu tampil menyatakan hasrat mencabar kedudukan presiden dan timbalannya.

Presiden MIC Datuk Seri G.Palanivel berkata, beliau optimis jawatan yang disandangnya serta Timbalan Presiden Datuk Seri S Subramaniam tidak akan dicabar.

"Ini kerana tidak ada calon yang benar-benar kuat untuk mencabar jawatan presiden dan timbalan presiden," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Forum Pelaburan Perlombongan dan Tenaga Asia 2013 di sini, hari ini.

Katanya, calon-calon lain akan bertanding bagi merebut tiga jawatan Naib Presiden serta 23 kerusi jawatankuasa kerja pusat (CWC).

Jelasnya, sehingga kini, sebanyak 1,500 pencalonan diterima dan ianya dijangka meningkat kepada lebih 3,000 selepas pencalonan tersebut ditutup minggu depan.

Palanivel berkata, beliau sudah menerima 1,500 pencalonan setakat ini dan dijangka meningkat kepada 1,800 esok serta mungkin melebihi 3,000 apabila pencalonan ditutup minggu depan.

Pemilihan Presiden MIC akan ditentukan oleh 4,200 cawangan seluruh negara manakala bagi jawatan timbalan presiden, naib presiden serta anggota CWC akan dipilih oleh 1,500 perwakilan.

SUMBER

0 comments:

Post a Comment