Tuesday 3 September 2013

A.Samad Said Dikehendaki Polis


 alt

Aktivis politik A Samad Said dikehendaki polis bagi membantu siasatan berhubung isu pengibaran bendera Sang Saka Malaysa pada ambang kemerdekaan baru-baru ini.

 Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, dua lagi aktivis politik, Hishamuddin Rais dan Adam Adli kini berada dalam tahanan polis atas dakwaan sama.

 Pada malam 30 Ogos lalu, Rakyatnews menyiarkan video di laman Youtube memaparkan ketiga-tiga aktivis tersebut mengibarkan bendera Sang Saka Malaya di Dataran Merdeka sambil melaungkan Jalur Gemilang bukanlah bendera kebangsaan sebenar.

 Dakwa mereka, jalur Gemilang adalah hasil ciplak daripada bendera Amerika Syarikat dan bendera Sang Saka Malaya merupakan bendera kebangsaan sebenar.

 Menurut Khalid, kesemua yang ditahan akan disiasat mengikut Akta Hasutan.

SUMBER

0 comments:

Post a Comment