This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Tuesday, 30 April 2013

Nurul Izzah & Tian Chua Cuba Buat Huru Hara

  Tian Chua dilaporkan telah membuat provokasi di pusat mengundi kem askar di Parlimen Batu yg mengatakan dakwat yg dicalit pd jari pengundi Askar yg bernama Azmi telah hilang. Tian Chua dan Nurul Izzah telah membawa Azmi ke Balai Polis skrg utk membuat laporan.. Mereka mula membuat provokasi stage 1 kearah Arab Spring.. Tian Chua dilaporkan telah membuat provokasi di pusat mengundi kem askar di Parlimen Batu yg mengatakan dakwat...

Nik Aziz Nafi Dakwaan Miliki Tanah Jutaan Ringgit

  Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada Selasa menafikan dakwaan beliau memiliki 14 lot tanah seluas 1.76 hektar yang bernilai jutaan ringgit. Nik Aziz berkata, dakwaan terhadap beliau itu hanya bertujuan untuk mengelirukan rakyat dan mahu menjejaskan reputasi dan nama baiknya. "Jika tanah itu betul milik saya, dah tentu saya sumbangkan. Bagaimanapun, saya hanya pemegang amanah atas tanah itu bagi pihak Perbadanan Menteri...

Monday, 29 April 2013

Calon MCA Bagan Cabar Guan Eng Berdebat

  Calon MCA bagi kerusi Parlimen Bagan, David Chua Teik Siang mencabar penyandang kerusi berkenaan, Lim Guang Eng untuk berdebat. Chua yang juga Ketua Pemuda MCA bahagian Bagan berkata beliau mahu berdebat dengan Lim yang merupakan Setiausaha Agung DAP serta Ketua Menteri kepada kerajaan sementara Pulau Pinang mengenai isu pembangunan dan masalah sosial yang berlaku di Bagan. "Debat ini akan mendedahkan prestasi Lim sebagai ahli Parlimen...

Sunday, 28 April 2013

"Tak perlu serang saya, tangkap penjenayah" : Husam

  Datuk Husam Musa menggesa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menghentikan 'serangan' yang tidak berasas terhadapnya berhubung isu kematian Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri), Allahyarham Datuk Shaharuddin Ibrahim kelmarin. Sebaliknya Naib Presiden Pas itu mendesak kerajaan supaya memberi fokus untuk menangkap segera penjenayah yang masih bebas sebelum hari pengundian 5 Mei. "Itu...

Saturday, 27 April 2013

"Saya akan lawan saman Umno" : Mustafa

  "Saman itu (Umno) saya akan lawan, dia saman tiga, saya, Zulkifli, dan Asmuni. Kami akan lawan Umno." Demikian tegas Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali hari ini. Katanya, beliau tidak gentar dengan saman Umno, sebaliknya akan melawan kes itu di mahkamah dalam masa terdekat. "Dia dah saman saya, kita lawan yang itu dulu, biar selesai satu-satu," katanya kepada pemberita di Pejabat Agung Pas di sini, hari ini. Ketika ditanya...

Najib : Laungan 'Ubah' Cuma Gimik Pembangkang

  Rakyat disarankan untuk tidak terpengaruh dengan slogan 'ubah' yang dilaungkan pembangkang ekoran ianya hanyalah gimik politik pembangkang. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, slogan yang didakwa 'madu' sebenarnya mengandungi 'racun' sepertimana yang telah berlaku di empat negeri pembangkang iaitu di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor. "Empat buah negeri yang ditadbir pembangkang, setengah daripada kita termakan...

Friday, 26 April 2013

Kamilia Mohon Maaf

  Selepas melanggar peraturan UMNO dan Barisan Nasional (BN) dengan bertanding di kerusi Parlimen Kuala Kangsar, Bekas Naib Ketua Wanita UMNO Datuk Kamilia Ibrahim tampil meminta maaf diatas perbuatannya itu. Permohonan maaf Kamilia disampaikan melalui sebuah rakaman video disebarkan kepada media dengan menyatakan tindakannya bertanding sebagai calon Bebas ekoran tidak dicalonkan oleh parti. “Saya memohon maaf kepada semua yang tersinggung...

Thursday, 25 April 2013

Jenice Lee : "DAP Tiada Hak Pecat Saya"

  Calon Bebas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Teratai, Jenice Lee menegaskan jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) DAP tidak mempunyai kuasa untuk memecatnya dari parti serta turut mempersoalkan kesahihan pemecatannya. Beliau menegaskan keputusan pemecatan yang dilakukan oleh CEC boleh dipertikaikan memandangkan Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah tidak mengiktiraf CEC kerana berlakunya penyelewengan ketika pemilihan parti itu pada Disember...

Tuesday, 23 April 2013

Calon PKR Pengedar Dadah ?

  Pemuda Umno Terengganu menggesa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendedahkan nama calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menjadi pengedar dadah. Ketuanya, Saiful Bahari Baharuddin berkata dakwaan yang dibuat Abdul Hadi dalam ceramah di Marang pada Ahad itu sangat serius kerana mengedar dadah merupakan satu kesalahan jenayah. "Kita gesa Abdul Hadi membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan," kata Saiful Bahari, selepas...

Monday, 22 April 2013

Umno pecat 61 ahli tanding sebagai calon Bebas

  Jawatankuasa Khas Lembaga Disiplin Umno hari ini memecat seramai 61 ahli parti itu termasuk Datuk Kamilia Ibrahim yang bertanding sebagai calon Bebas berkuat kuasa serta-merta. Pengerusi Jawatankuasa Khas Lembaga Disipilin Umno Tan Sri Tengku Ahmad Rithaudeen Tengku Ismail berkata, keputusan pemecatan itu diambil selaras dengan fasal 20.10 Perlembagaan Umno yang menyatakan mana-mana anggota Umno yang bertanding sebagai calon bebas akan...

Mat Taib Sah Sertai PAS

  Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib akhirnya secara rasmi menyertai PAS pada Isnin. Muhammad berkata beliau akan berkempen di Lembang Klang dan kawasan bandar di negara ini dengan menerapkan nilai-nilai murni yang diajarkan dalam Islam. Muhammad, 65, yang juga bekas Naib Presiden Umno berkata beliau mahu menyertai PAS tahun lalu namun terpaksa menangguhkan keputusannya untuk menunggu masa yang lebih sesuai. "Saya...

Sunday, 21 April 2013

Khalid Berang Semasa Sesi Pengistiharan Calon

  Sesi pengisytiharan calon di hadapan Dewan Besar Tanjung menjadi sedikit tegang dengan kerenah calon PAS bagi kerusi Parlimen Shah Alam, Abdul Khalid Samad. Pengumuman senarai calon oleh Datuk Haji Mohd Jaafar terganggu ketika Khalid membisikkan sesuatu kepada beliau. Ketidakpuasan hati Khalid itu dipercayai berpunca apabila penyokong BN dikatakan berada lebih dekat dengan dewan sedangkan penyokong PAS pula berada pada jarak yang...

Saturday, 20 April 2013

Zulkifli Nordin 'Diterkam'

  Tindakan beberapa orang lelaki India menerpa dan memeluk Zulkifli Nordin mengejutkan ramai pihak sewaktu calon Bebas bagi parlimen Shah Alam itu bersalaman dengan para penyokong Barisan Nasional (BN). Walaubagaimanapun tindakan tersebut tidak mencetuskan sebarang insiden yang tidak diingini memandangkan Zulkifli yang ditarik oleh beberapa penyokong BN berketurunan India kelihatan bersalaman dan memeluk beliau sejurus selesai bacaan doa...

Friday, 19 April 2013

2 Exco Disingkir dari Senarai Calon DUN Selangor

  Pengumuman Calon Pakatan Rakyat (PR) Selangor malam tadi menyaksikan dua anggota Exco Kerajaan Selangor digugurkan daripada senarai calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor. Ianya membabitkan Pengerusi DAP Selangor Teresa Kok, yang juga Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan Negeri yang tidak mempertahankan kerusi DUN Kinrara serta Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Ronnie Liu bagi DUN Pandamaran. Turut tidak...

Thursday, 18 April 2013

CEC DAP Tidak Sah

  Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) telah memutuskan bahawa Jawatan Kuasa Pusat (CEC) DAP yang dipilih pada pemilihan parti 15 Disember 2012 lalu tidak sah. Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, ekoran keputusan ROS itu DAP tidak boleh menggunakan simbol parti pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). "Saya amat marah. Sebagai Setiausaha Agung dan saya nak tegaskan disini saya adalah setiausaha agung sahih yang dipilih oleh wakil-wakil...

Calon BN ahli Pas?

  Perak mendakwa calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dun Manjoi, Mohamad Ziad Mohamed adalah ahli Pas sejak 16 tahun lalu apabila namanya masih tertera di dalam sistem maklumat ahli Pas. Koordinator Jawatankuasa Isu dan Strategik Pas Negeri Perak, Dr Raja Ahmad Iskandar Al Hiss berkata, calon muda berkenaan adalah ahli Pas yang pernah berdaftar pada 5 Oktober 2013 dengan nombor ahli 441563. Menurutnya, latar belakang Mohamad Ziad...

Wednesday, 17 April 2013

Mat Taib Tiada Maruah Jika Sertai Pas

  Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik menyifatkan tindakan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib jika benar berhasrat menyertai Pas pada 22 April ini sebagai tidak ada harga diri. Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno berkata, Muhammad atau lebih mesra dikenali sebagai Mat Taib tidak seharusnya berbuat demikian yang dilihat mengutamakan kepentingan diri melebihi perjuangan parti. "Kalau...

Tuesday, 16 April 2013

Zul Noordin tekad tumbang PR

  Bekas anggota Parlimen Bebas Kulim-Bandar Baharu Datuk Zulkifli Noordin bertekad untuk menumbangkan calon pembangkang di Parlimen Shah Alam bagi memastikan Barisan Nasional (BN) menakluk kembali Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Beliau percaya kejatuhan pembangkang di Shah Alam, yang merupakan ibu negeri Selangor dan paksi kepada kekuatan sesebuah kerajaan negeri di sini, bakal membuka jalan yang cukup luas bagi BN merampas...

Monday, 15 April 2013

Rafizi Saman Papa Gomo

  Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mahu menyaman pemblog kontroversi, Papa Gomo atas alasan telah memfitnah beliau, kononnya pernah dipecat oleh Petronas. Menurut Rafizi, beliau telah mengarahkan peguamnya, Razlan Jalaluddin untuk mengemukakan surat tuntutan terhadap Papa Gomo secepat mungkin untuk memulakan proses undang-undang. "Saya percaya Papa Gomo akan mencari pelbagai alasan untuk tidak menerima surat tuntutan tersebut termasuk...

Sunday, 14 April 2013

"Pembangkang Tiada Kerjasama" - Joseph Salang

  Pakatan Pembangkang sekali lagi menunjukkan ketidaksepakatan antara parti komponen apabila meletakkan dua calon di Parlimen Julau, terdiri daripada calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), dan PAS. Timbalan Menteri Penerangan dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang berkata, Barisan Nasional (BN) tidak berasa gentar ekoran ianya memberi kelebihan kepada BN. "Bagi PKR dan Pas, yang merupakan rakan dalam apa yang dikenali sebagai Pakatan Rakyat,...

Friday, 12 April 2013

Macam ni ke pemimpin PAS ?

  Blog Haprak News yang memaparkan kedua-dua sumber tersebut lewat malam tadi turut menyediakan pautan bagi membolehkan pembaca memuat turut video penuh selama 11 minit 26 saat itu.   Selanjut...

Wednesday, 10 April 2013

SPR Umum Tarikh PRU13 Pada 5 Mei

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 20 April sebagai hari penamaan calon manakala pengundian akan diadakan pada 5 Mei. Dalam pada itu pengundian awal akan diadakan pada 30 April. Ketiga- tiga tarikh itu ditetapkan pada mesyuarat khas yang diadakan di sini sebentar tadi. Berdasarkan keputusan hari ini, tempoh berkempen selama 15 hari diperuntukkan. Tempoh berkempen pada pilihan raya umum 2008 ialah selama 13 hari. Ketika mengumumkan...

Monday, 8 April 2013

Papa Gomo Cabar Anwar Di Permatang Pauh

  Blogger Papa Gomo menyatakan hasrat untuk bertanding sebagai calon Bebas menetang Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim di Permatang Pauh. Papa Gomo yang diwakili Presiden Pertubuhan Nadi Rakyat, Mohamad Rafi Awang Kechik mengumumkan kesediaan beliau untuk bertanding di Permatang Pauh atau mana-mana kerusi yang ditandingi Anwar. "Keputusan untuk bertanding itu dibuat kerana dia benar-benar serius meminta...

Friday, 5 April 2013

Raja Petra Dedah Pembelian Cincin RM 24 Juta Yang Dikaitkan Dengan Rosmah Mansor

Itulah Pakatan Pembangkang yang hanya tahu MENIPU dan MENFITNAH demi menanam sikap membenci Rosmah Mansor isteri kepada Perdana Menteri Malaysia. SUM...

Thursday, 4 April 2013

Rosmah Mansor Dan Cincin RM24 Juta ..

  Sehingga ke hari ini tidak pernah sekali pun Datin Seri Rosmah mengeluar ayat bahawa beliau membeli cincin itu hasil menabung dari kecil. Itu semua dilakukan oleh puak-puak mereka sendiri dengan melakukan pengubahsuaian pada muka depan akhbar Utusan Malaysia keluaran 8 Febuari 2008. SUM...

Tuesday, 2 April 2013

"UMNO Guna Bomoh" : Hadi Awang

  Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa UMNO perlu mendapat nasihat bomoh bagi menetapkan tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ekoran tarikh tersebut kini menjadi tanda tanya ramai pihak. Dakwaan tersebut dikeluarkan Hadi ketika mengulas kenyataan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustapha Ali berkenaan tarikh PRU13 yang akan diadakan pada bila-bila masa. "InsyaAllah kita akan menghadapi PIlihan Raya Umum pada bila-bila masa. Walaupun...