Thursday 25 April 2013

Jenice Lee : "DAP Tiada Hak Pecat Saya"

 
Calon Bebas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Teratai, Jenice Lee menegaskan jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) DAP tidak mempunyai kuasa untuk memecatnya dari parti serta turut mempersoalkan kesahihan pemecatannya.

Beliau menegaskan keputusan pemecatan yang dilakukan oleh CEC boleh dipertikaikan memandangkan Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah tidak mengiktiraf CEC kerana berlakunya penyelewengan ketika pemilihan parti itu pada Disember lalu.

"Jika CEC tidak diiktiraf, maka jawatankuasa disiplin juga tidak sah," katanya.

Lee dipecat daripada parti selepas mengemukakan borang penamaan calon untuk mempertahankan kerusi DUN Teratai di Selangor, Sabtu lalu.

Bekas ahli DAP itu turut menolak surat bertarikh 18 April daripada pengerusi jawatankuasa disiplin Tan Kok Wai yang menggantung beliau daripada tugas selama enam bulan atas beberapa sebab.

"Jika anda melihat surat tersebut, ia dibuat tanpa menggunakan kepala surat dan tandatangan. Tan pernah berkata, tidak akan mengenakan sebarang tindakan sehingga selepas pilihan raya umum, jadi bagaimana dia boleh mengeluarkan surat itu dengan tiba-tiba," soalnya dengan nada kesal.

Beliau turut mempertikaikan bagaimana tarikh surat tersebut telah dipinda kepada satu tarikh terkebelakang malah tidak pernah menerima surat tersebut secara peribadi.

Sebelum itu, Lee dan pembantunya, Lee Hsuan Ba berdepan siasatan jawatan disiplin selepas terdapatnya dakwaan kedua-duanya menyalahgunakan dana penduduk selepas membantu membina tembok penahan.

SUMBER

0 comments:

Post a Comment