Friday 19 April 2013

2 Exco Disingkir dari Senarai Calon DUN Selangor

 
Pengumuman Calon Pakatan Rakyat (PR) Selangor malam tadi menyaksikan dua anggota Exco Kerajaan Selangor digugurkan daripada senarai calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Ianya membabitkan Pengerusi DAP Selangor Teresa Kok, yang juga Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan Negeri yang tidak mempertahankan kerusi DUN Kinrara serta Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Ronnie Liu bagi DUN Pandamaran.

Turut tidak disenaraikan dalam senarai calon PRU13 termasuklah ADUN Teratai, Jenice Lee.

 
Calon bagi kerusi yang kekal diperuntukkan DAP itu merupakan muka baru iaitu Ng Sze Han menggantikan Teresa manakala Tan Pok Shyong mengambilalih tempat Ronnie.

Antara calon baru yang diketengahkan DAP di peringkat DUN termasuklah Tiew Way Keng di Teratai, R. Rajiv di Bukit Gasing, Ng Tien Chee di Balakong, Yeo Bee Yin di Damansara Utama, V.Ganabatirau di Kota Alam Shah dan Loh Chee Heng di Teluk Datuk.

PKR pula meletakkan beberapa calon di peringkat DUN dari kalangan pimpinan Parti seperti Borhan Aman Shah (Dengkil), Lee Chin Cheh (Kajang), Dr Daroyah Alwi (Sementa), Hamidi A Hassan (Semenyih), Tengku Maraziyah Tengku Sulaiman (Kuang), K.Ramachandran (Batang Kali) dan Dr Idris Ahmad (Ijok).

Dalam pada itu, PAS mengekalkan calonnya, Dr Halimah Ali di Selat Klang, Iskandar Abdul Samad di Chempaka, Saari Sungib di Hulu Klang, Khasim Abdul Aziz di Lembah Jaya, Dr Ahmad Yunus Hairi di Sijangkang dan Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abd Rani Osman di Meru.

Manakala bagi kerusi Gombak Setia pula digantikan oleh Hasbullah Mohd Ridzwan. Di peringkat Parlimen, muka baru ialah Dr Ong Kian Ming (DAP) di Serdang,

Pengarah Strategik PKR Mohd Rafizi Ramli di Pandan, G. Manivanam (PKR) di Kapar, Dr Abdul Aziz Bari (PKR) di Sabak Bernam, Mohamad Rashdi Deraman (PAS) di Tanjung Karang, Mohamed Salleh M.Husin (PAS) di Sungai Besar dan Khalid Jaafar (PKR) di Hulu Selangor.

SUMBER

0 comments:

Post a Comment