Tuesday 23 April 2013

Calon PKR Pengedar Dadah ?

 
Pemuda Umno Terengganu menggesa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendedahkan nama calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menjadi pengedar dadah.

Ketuanya, Saiful Bahari Baharuddin berkata dakwaan yang dibuat Abdul Hadi dalam ceramah di Marang pada Ahad itu sangat serius kerana mengedar dadah merupakan satu kesalahan jenayah.

"Kita gesa Abdul Hadi membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan," kata Saiful Bahari, selepas membuat laporan di ibu pejabat polis daerah Kuala Teregganu di sini pada Selasa.

Saiful berkata isu berkenaan juga akan membuka mata pengundi dan beliau menggesa mereka mengundi Barisan Nasional pada pilihan raya umum kali ini.

Sebelum itu, Abdul Hadi mendedahkan Pas terpaksa bertanding sehingga berlaku pertindihan calon di beberapa tempat sebagai usaha menyelamat bagi memastikan tiada syaitan yang menyerap masuk ke dalam pakatan pembangkang yang pastinya tidak boleh diterima oleh Pas.

Beliau menyatakan demikian kerana dipercayai berang dengan gejala kemasukan sebilangan calon tangkap muat di kalangan pakatan pembangkang untuk Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini.

"Ada calon-calon (pembangkang) yang kita khuatir...tak boleh sebut di mana-mana. Kita ada maklumat calon-calon, ada jadi tukang jual pil kuda. Orang Pas tak boleh terima calon macam ini," katanya ketika berceramah di Kampung Tebakang, Alor Limbat dekat pada 21 April lalu.

Hadi Awang turut menempelak golongan opportunis yang menjual nama-nama calon dalam pakatan pembangkang agar dicalonkan walaupun sudah dimuktamadkan naman-nama calon yang bertanding pada pilihanraya umum kali ini.

SUMBER

0 comments:

Post a Comment