Tuesday 26 March 2013

Husam Musa Tarik Semula Kes Saman terhadap Papa Gomo

alt

Ahli Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam memutuskan menarik semula kes saman terhadap pemilik blog Papa Gomo pada sesi perbicaraan yang berlangsung di Mahkamah di sini petang semalam.

Peguam Husam, Hisham Fauzi berkata, ianya kerana terdapat penemuan bukti baru dari pihaknya yang menyebabkan hakim menasihatkan agar kes ini difailkan semula.

Beliau juga mengesahkan Husam akan bertindak sebagaimana yang dicadangkan hakim berkenaan dalam masa terdekat.

Sementara itu, sesi perbicaraan kes ini telah menampilkan beberapa saksi baru termasuklah individu yang mendakwa dirinya sebagai bekas isteri kepada Papa Gomo.

Laporan juga mengesahkan, terdapat beberapa pemilik blog politik telah bersetuju untuk disenaraikan sebagai salah seorang saksi bagi pihak Husam.

Turut menjadi perhatian berhubung penyiaran gambar individu yang dikatakan pemilik blog Papa Gomo di beberapa laman media dan akhbar termasuklah Utusan Malaysia beberapa hari lalu.

Wakil Peguam Papa Gomo, Jasbeer Singh menyatakan rasa kesal terhadap tindakan media dan akhbar berkenaan yang seolah-olah mengesahkan paparan tersebut tanpa sebarang bukti kukuh.

alt


Pada Februari tahun lalu, Husam telah menfailkan saman terhadap pemilik blog Pro UMNO itu berikutan tindakannya menyiarkan gambar berbentuk fitnah yang menjatuhkan reputasinya selaku Pemimpin PAS.

Menerusi artikel bertarikh 6 Disember 2011, Papa Gomo merujuk gambar Husam dengan mendakwa sedang berpegangan tangan bersama seorang wanita tidak dikenali ketika sesi lawatan rasmi di Negara China.

SELANJUTNYA

0 comments:

Post a Comment