Saturday 16 March 2013

Gambar Intim Mirip Anwar Tersebar di Blog

alt


KUALA LUMPUR - Ruang siber Malaysia sekali lagi dikejutkan dengan penyebaran gambar-gambar intim dipercayai seorang pemimpin parti politik dalam sebuah blog.

 Maklumat yang diperoleh dari blog rajagoyang360.blogspot.com melalui artikel pertama yang dikeluarkan pada 14 March 2013 menunjukkan gambar-gambar intim dua orang lelaki yang mana salah seorang daripada mereka agak mirip dengan wajah seorang pemimpin parti politik Malaysia.

 Walau bagaimanapun , artikel ini dipercayai menggunakan zon masa yang berbeza daripada zon masa negara ini memandangkan blog ini hanya menjadi 'viral' sekitar pukul 12.00 tengah malam hingga 1.00 pagi waktu Malaysia.

 Beberapa blog pro-kerajaan juga dilihat mengambil gambar-gambar dari blog ini dan membuat sebaran . Golongan Facebooker dan Twitter Pro Barisan Nasional (BN) merupakan golongan terawal yang mengenalpasti kemunculan gambar-gambar ini .

 Ramai berpendapat salah seorang individu dalam video berkenaan amat mirip dengan ketua sebuah parti politik di Malaysia yang sebelum ini juga dihujani pelbagai skandal-skandal yang serupa . Gambar-gambar yang dipaparkan menunjukkan ia diambil menggunakan video kamera.

 Spekulasi juga ada menyebut individu yang memuat naikkan gambar-gambar ini dalam blog www.rajagoyang360.blogspot.com juga memiliki video penuh berkenaan.

SUMBER

0 comments:

Post a Comment