Monday 18 March 2013

Jamalul Kiram III Arah Lancar Serangan Gerila

alt

Jamalul Kiram III berkata tindakan berundur dari Sabah bukanlah satu pilihan untuk para tenteranya dan tidak akan berganjak dari Sabah.

Menurut laporan 'The Philippine Star', Jamalul Kiram telah mengarahkan pengikut-pengikutnya supaya tidak berganjak dari Sabah dan melancarkan serangan gerila terhadap pasukan keselamatan Malaysia.

"Mereka sudah di tanah air mereka jadi mengapa kembali?" katanya kepada para pemberita di kediamannya di Taguig.

Sementara itu, jurucakap Sultan Sulu, Abraham Idjirani berkata tenteranya akan meneruskan 'perjuangan' mereka kerana menyifatkan tindakan memasuki Sabah sebagai satu 'perjuangan'.

 Katanya, kesultanan Sulu telah menarik balik perintah gencatan senjata yang dikeluarkan dan tentera-tentera Diraja telah diarahkan melancarkan operasi secara "serang dan lari" terhadap pasukan keselamatan Malaysia.

  Menurut laporan, adik lelaki kepada Jamalul, Azzimudie Kiram dan pengikut-pengikutnya masih berada di Sabah dan ini bertentangan dengan laporan dari Malaysia yang mendakwa mereka telah melarikan diri.

  Idjirani juga mendakwa Azzimudie dan kumpulan pengikutnya masih kuat berdasarkan perbualan telefon dengannya pada malam Sabtu.

Katanya, tentera Sulu yang pada masa ini berjumlah 170 orang telah berpecah kepada tiga kumpulan bagi mengelak daripada pesawat pengintip yang berlegar di sekitar Lahad Datu mengesan mereka.

SUMBER

0 comments:

Post a Comment