Tuesday, 2 April 2013

"UMNO Guna Bomoh" : Hadi Awang

alt
 
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa UMNO perlu mendapat nasihat bomoh bagi menetapkan tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ekoran tarikh tersebut kini menjadi tanda tanya ramai pihak.

Dakwaan tersebut dikeluarkan Hadi ketika mengulas kenyataan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustapha Ali berkenaan tarikh PRU13 yang akan diadakan pada bila-bila masa. "InsyaAllah kita akan menghadapi PIlihan Raya Umum pada bila-bila masa.

Walaupun Datuk Mustapha Ali, Setiausaha Agung (PAS) menganggar tarikh-tarikh tersebut, saya yakin UMNO yang mengepalai barisan Nasional (BN) akan mendapat nasihat bomoh terlebih dahulu." "Kerana UMNO ini percaya pada bomoh.

Dia (UMNO) tanya bomoh terlebih dahulu lah nak tetapkan (tarikh) pilihan raya ini. Mungkin kalau bomoh dia tentukan kalau awal, awal lah. Tak sepertinya seperti tarikh yang Datuk Mustapha sebut tadi," katanya dalam sidang media di Pejabat Agung PAS di sini, hari ini.

Katanya lagi, PAS akan terus bersama Pakatan Rakyat (PR) berdasarkan kepada resolusi asas kerjasama pakatan tersebut.

Jelasnya lagi, parti komponen PR tidak sependapat dalam beberapa perkara berikutan perbezaan ideologi namun masih bersama berdasarkan prinsip PR. "Walaupun kita berbeza ideologi.

Kita faham dan bersefahaman dalam perkara yang berbeza dan kita bersatu dalam perkara yang bersama," katanya lagi.

SUMBER

0 comments:

Post a Comment