Thursday, 18 April 2013

CEC DAP Tidak Sah

 
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) telah memutuskan bahawa Jawatan Kuasa Pusat (CEC) DAP yang dipilih pada pemilihan parti 15 Disember 2012 lalu tidak sah.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, ekoran keputusan ROS itu DAP tidak boleh menggunakan simbol parti pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

"Saya amat marah. Sebagai Setiausaha Agung dan saya nak tegaskan disini saya adalah setiausaha agung sahih yang dipilih oleh wakil-wakil DAP," katanya dalam sidang kepada pemberita di Ibu Pejabat DAP di Pulau Pinang, hari ini.

Turut hadir Setiausha Agung PAS Datuk Mustapha Ali, Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Saifuddin Nasuition, Gobind Singh Deo dan barisan pemimpin pembangkang.

Tambah Guan Eng, ROS telah menghantar sepucuk surat bertarikh 17 April 2013 menyatakan akan menangguh siasatan terhadap lantikan CEC yang dijalankan sebelum ini kepada tarikh 9 Mei 2013.

Sementara itu beliau turut menerima sepucuk lagi surat pada tarikh yang sama menyatakan CEC DAP tidak diiktiraf kerana sejumlah 753 perwakilan DAP tidak menerima notis lantikan jawatankuasa tersebut.

"Surat yang diterima oleh DAP diterima pada 17 April. Hari yang sama tiba-tiba ada satu lagi surat notis menurut seksyen 16 (1) Akta Pertubuhan bahawa jawatan CEC tidak diiktiraf," katanya.

Jelas beliau, DAP berkemungkinan akan menggunakan logo PAS untuk bertanding pada PRU13 di semenanjung dan logo PKR di Sabah dan Sarawak.

SUMBER

0 comments:

Post a Comment