Wednesday 1 May 2013

Norman Tetap Bidas PAS, Ahmad Idham Anggap Fikiran Sempit

 
Penerbit album Norman Abdul Halim tetap mempertahankan kenyataannya menerusi Twitter dengan mendakwa industri hiburan negara ini akan hancur jika Pakatan Rakyat (PR) termasuklah PAS memerintah selepas Pilihan raya Umum ke 13 (PRU-13) nanti.

Norman berkata, tujuan dia menulis perkara itu adalah untuk membolehkan masyarakat membuka mata untuk melihat kelemahan PR dengan memberikan pendapat dalam Twitter berkenaan.

"Dengan kenyataan yang diberi, saya menerima banyak kritikan tetapi apa yang saya cakapkan sebenarnya adalah fakta, bukannya suka-suka atau mahu menakut-nakutkan orang.

"Jangan lihat industri seni ini pada satu sudut tertentu, lihat pada keseluruhannya. Perlu diingat industri kreatif berkembang dan ia sekali gus meningkatkan ekonomi negara.

"Apabila saya kata industri hancur jika PAS memegang negara adalah kerana tumpuan parti itu lebih untuk menjadi kerajaan khusus untuk Islam dan Melayu.

 
“Dengan dasar PAS yang sebelum ini sering menolak industri kreatif menerusi pengharaman pawagam di Kelantan dan Terengganu, ia sedikit sebanyak menghilangkan sebahagian sumbangan kepada ekonomi kita," ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Isnin.

Dalam Twitter miliknya Ahad lalu Norman antara lain turut berkata pengeluaran filem dan muzik antarabangsa juga akan turut terjejas.

Komen Norman itu mendapat kritikan banyak pihak yang tidak bersetuju dengan pandangan tersebut termasuklah penerbit filem Ahmad Idham Ahmad Nadzri yang menyifatkan pandangan berkenaan sebagai cetek.

Norman yang juga Pengerusi Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) berkata, kelemahan PAS dapat dilihat berpandukan kepada isu-isu sebelum ini apabila pelbagai konsert telah diharamkan dan ia sekali gus menyekat perkembangan industri seni negara.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan komen yang diberikan di Twitter bukan kerana mahu mengkritik mana-mana individu tertentu, sebaliknya dasar kepimpinan parti PAS.

"Orang yang tidak rasional sahaja yang tidak boleh menerima kenyataan saya itu. Lagipun saya cakap pun secara hormat dengan meminta maaf terlebih dahulu sebelum berkata-kata.

"Jangan salah ertikan maksud saya. Saya seorang beragama Islam tetapi bukan agama PAS," tegasnya.

 
Mengulas kenyataan tersebut Ahmad Idham berkata selebriti-selebriti yang menganggap industri seni akan hancur dengan perubahan kerajaan adalah mereka yang memiliki pemikiran sempit kerana cuba mengaitkannya dengan hiburan.

"Saya tidak berpihak kepada sesiapa tetapi ingin menegaskan kepada para artis supaya tidak mengaitkan apa-apa perkara melibatkan politik dengan industri seni.

"Apabila ada yang menganggap industri seni akan hancur sebaik sahaja pemerintahan kerajaan bertukar tangan, ia adalah satu perkara yang mengarut.

"Bagi saya, industri seni kita mempunyai pendirian sendiri dan ia mampu berdikari walaupun sesiapa sahaja memimpin negara.

"Saya tak mahu ada pihak menganggap orang seni terlalu bergantung harap kepada kerajaan yang memerintah.

Yang menjadi penentu filem saya laku atau tidak bukan menerusi kontrak kerajaan, tetapi para penonton yang menontonnya," katanya.

Tambah Idham lagi, dia yakin dengan memiliki produk filem atau muzik yang bagus, industri seni tempatan tidak akan tergugat sama ada kerajaan bertukar tangan mahupun tidak.

Dalam pada itu, Idham turut menasihatkan kepada para artis yang terlalu lantang bersuara berhubung hal-hal politik supaya mengkaji dahulu asal usul parti serta sejarah negara.

Katanya, jika komen yang diberi tanpa dibuat kajian, ia dikhuatiri mungkin boleh memberikan persepsi buruk kepada masyarakat yang akan menganggap artis tempatan mempunyai tahap pengetahuan yang cetek.

SUMBER

4 comments:

  1. Norman cakap betul. Kalau ada duit berguna tapi polisi kerajaan mengekang industri tidak ada apa yang boleh di buat.

    Samada industri seni kita akan menjadi bebas tanpa kekangang jika nilai nilai DAP dan PKR di guna atau Menjadi kekangan dengan pendirian PAS.

    Dalam hal pertama walau tanpa kekangang tapi pihak bukan Melayu akan di beri pelbagai kemudahan keewangan dan kemudahan lain untuk aktif. Seperti biasa sambil duit keluar ada orang yang "masyuk".

    Sekiranya ada kekangan oleh PAS memang hak berkriatif bebas tidak wujud. Apa yang boleh di buat? Idham kena sekolah lagi pasal hal ini.

    Kesimpulannya pembuat pembuat polisi kerajaan akan menentu arah apa apa saja. Syabas Norman!

    ReplyDelete
  2. Aku sokong bab polisi kerajaan tu. 1 lagi pekerja industri. Penerbit harap kontraktor yg supply. Kalau cuma 1-2 penerbit yg boleh bg kontrak, kontraktor takde projek la. Kalau Ahmad Idham fikir dia boleh survive dgn pekerja sndiri, lain citer. Tp kalau 1-2 projek setahun, mcmmana nak maintain? Bg aku Norman lebih berpijak di bumi nyata la (sbb tu KRU lebih berjaya).

    Aku tak sokong PAS. PAS bukannya Islamik. Depa kumpulan politikus yg memperalatkan Islam. Depa tak layak.

    Tp bagus kalau bidang seni kat Malaysia ni di'Islam'kan sikit. Kerajaan BN perlu kawal penularan elemen lucah dan ganas kat filem-filem atau penerbitan di Malaysia. Jgn dah terhantuk baru nak dongak bai! Mana budaya dan akhlak? So Norman kena alert gak, bukan cuma fikir duit.

    ReplyDelete
  3. pandangan kedua dua ada asas masing masing..satu yg bergantung dgn kerajaan dan satu lagi bergantung kpd penonton..sebenarnya kedua dua sama penting..satu dari sudut dasar dan hala tuju dan satu lagi dari sudut kualiti produk dan pemasaran..cuma sy setuju dgn sdra ahmad idham bab seni tidak harus di politik kan sgt kerana merkea ini tergolong dlm org2 yg berfikiran kreatif..kreatif juga harus disokong dgn perkara yg baik baru ianya memberi munafaat kpd semua pihak namun jika kreativiti digunakan untuk memberi kemudaratan semua rakyat ianya harus ditentang..kestabilan keharmonian negara harus dikekalkan..jgn kerana ingin berkuasa terpaksa menggadai serta merosakkan pusaka bangsa negara..kebebasan dlm amalan demokrasi juga harus mempunyai sempadan..namun dalam sudut lain kita juga harus menerima ada juga kesilapan di pihak kerajaan yg melibatkan isu isu pelaksanaan..ada kala dasarnya baik tetapi disebabkan pelaksanaannya gagal kesalahan itu terpaksa dibebani oleh kerajaan adalah tidak adil..sy percaya semua kerajaan sesiapa pun yg memerintah harus punyai etika dan asas asas kukuh dlm melakukan sebarang tindakan yg memberi kebaikan dan kesejahteraan kepada seluruh rakyat malaysia mengikut perlembagaan yg telah termaktub..beza antara mereka norman lebih opportunist kerana byk dana dan grant kerajaan yang beliau perolehi namun hasil serta agihan yg lakukan masih tidak telus mengikut rungutan org org seni..cuma yg baiknya adalah daripada tidak ada langsung..manakala ahmad idham dilihat lebih kepada pembangunan perniagaannya ala cina iaitu usaha gigih dgn kebolehannya..dari segi maruah dan integriti ada pada ahmad idham dan sekiranya beliau ini disokong pasti akan pergi lebih jauh lagi kerana beliau percaya rezekinya dari Allah swt daripada menagih banyak sangat simpati..norman walaupun kononnya mewaikil golongan seni namun dari satu sudut beliau melabelkan dirinya sbg ahli perniagaan dan sudah tentu ingin mencari kebaikan dan kelebihan untuk nya diri sendiri drpd memperjuangkan isu semua pihak yg beliau terajui..akhirnya beliau dilihat sebagai hipokrit dan tidak layak memimpin apa yg diperjuangkan walhal adakala keterangannya secara terangan cuba menafikan hak org yg sepatutnya beliau perjuangkan? ini tidak baik bagi saya sbg pemerhati perkembangan seni industri tanah air..

    ReplyDelete
  4. Takdelah industri perfileman tak akan ikut pas tapi ikut dap.Pengarah2 chauvinis spt namewee akan tumbuh macam cendawan lepas hujan.Industri filem Melayu akan jadi filem Malaysian Malaysia yg menerapkan dasar samarata dap.

    Filem kita wajah kita akan menukar wajah kita sekarang kepada wajah komunis,sosialis,liberalis dan macam2 isme lagi...

    ReplyDelete