Penahanan tersebut merupakan hasil kerjasama daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta maklumat yang diterima daripada orang ramai.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan SKMM, suspek yang merupakan seorang wanita ditahan untuk membantu siasatan.
"Dia dipercayai menyembunyikan diri setelah beberapa laman blog menyebarkan identitinya. SKMM juga memohon rakan-rakan suspek turut tampil ke hadapan bagi membantu siasatan lanjut," menurut kenyataan itu.
Suspek, seorang wanita ditahan bagi membantu siasatan dan dipercayai menyembunyikan diri selepas identitinya didedahkan beberapa laman blog.
Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Suspek juga boleh didakwa dibawah Akta Hasutan 1948.
SKMM sangat memandang serius terhadap penyalahgunaan media sosial untuk memuatnaik kandungan serta komen-komen yang berunsur menghina terutamanya institusi DiRaja Malaysia.
Baru-baru ini sekumpulan pengguna Facebook bertindak biadab menerusi laman sosial itu sewaktu Yang di-Pertuan Agong menyampaikan titah ucapan sempena ulang tahun keputeraan rasmi Seri Paduka yang disiarkan secara langsung di Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Dalam titah ucapan itu, Seri Paduka mahu rakyat negara ini akur dengan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 yang telah ditentukan mereka sendiri.
Titah Seri Paduka itu dipersendakan oleh seorang pengguna Facebook seperti yang didedahkan oleh laman blog 'Whats Up Brades'.
SELANJUTNYA
0 comments:
Post a Comment