Anwar melalui peguamnya yang juga merupakan Naib Presiden PKR N Surendran, memberi tempoh 48 jam kepada Papa Gomo untuk mengemukakan permohonan maaf bermula hari ini dan membayar RM 100 juta sebagai kos ganti rugi.
"Tuntutan sejumlah ganti rugi tersebut berikutan hubungan rapat bloger tersebut dengan UMNO dan UMNO akan membantu beliau," kata N Surendran hari ini.
Menurut Surendran, gambar palsu tersebut merupakan antara cubaan musuh Anwar menjatuhkan beliau dengan mencemar nama Ketua Pembangkang itu berikutan tarikh pilihan raya yang semakin hampir.
"Pemalsuan dan penyebaran gambar dan tuduhan palsu tabiat seksual Anwar telah menjadi permainan politik yang diamalkan oleh UMNO dan blogger."
"Blogger Papa Gomo sangat terkenal dengan hubungan rapat bersama kepimpinan UMNO termasuk Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi," katanya lagi.
Anwar sebelum ini turut dikaitkan dengan skandal seks yang didedahkan oleh 'Datuk T' (Trio) terdiri daripada bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, Usahawan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim.
Beliau walaubagaimanapun menafikan terlibat dalam insiden itu dan membuat laporan polis sehari selepas tiga individu tersebut menyiarkan video itu kepada media.
Pada 24 Jun 2012, ketiga-tiga individu tersebut mengaku bersalah menyiarkan video tersebut dan didendan RM 5 500 oleh Majistret Aizatul Akmal Maharani.
Ketika perbicaraan pembelaan, pakar dari Amerika memberitahu mahkamah dan mengesahkan bahawa individu dalam video yang disiarkan oleh Datuk Trio tersebut adalah Anwar.
SUMBER
0 comments:
Post a Comment