This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Wednesday, 25 September 2013

Kisah 5 Harimau dalam DAP

alt


BLOG DAP INSIDER - Hari ini adalah hari ketiga saya berblog. Walaupun masih baru blog ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari rakyat Malaysia. Ada pemimpin DAP yang pro Dinasti Lim sudah mula kepanasan. Anthony Loke telah menghalang twitter DAP Insider dari mengkutinya. Malah akaun twitter DAP Insider telah disekat. Lim Guan Eng dan Anthony Loke kini menuduh bekas Pengerusi Kebangsaan DAP, Chen Man Hin sebagai batu api sehingga wujudnya blog ini.

 Seperti yang dijanjikan,hari ini saya ingin mendedahkan kisah Lima Harimau. Kumpulan ini sangat menakutkan Dinasti Lim. Orang-orang ini mampu mendatang ancaman kepada perjalanan politik Lim Guan Eng. Walaupun mereka kelihatan jinak tetapi bila-bila masa sahaja mereka mampu menerkam Lim Guan Eng. Mereka ialah;

SELANJUTNYA 


Tuesday, 17 September 2013

Kematian Chin Peng Tidak Dapat Padam Rasa Kebencian Pejuang Negara

alt

Datuk Seri Zahid Hamidi berkata golongan veteran polis dan tentera masih berasa benci pada bekas pemimpin Parti Komunis Malaya Chin Peng yang meninggal dunia di Thailand semalam.

 Menteri Dalam Negeri itu berkata golongan tersebut pastinya tidak akan dapat menerima sekiranya terdapat sebarang usaha untuk membawa pulang mayat atau abu mayat Chin Peng ke negara ini.

 "Kematian Chin tidak dapat memadamkan rasa kebencian kepada mendiang terutama di kalangan balu-balu polis dan tentera kepada ketua pengganas komunis yang telah mengorbankan ramai pejuang-pejuang negara yang terdiri dari polis dan tentera semasa darurat.

 "Tidak mungkin veteran polis dan tentera menerima mayat atau abunya sekalipun untuk dikebumikan di Malaysia," katanya dalam kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Malaysiakini.

 Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pula berkata beliau percaya Chin Peng tidak pernah menjadi warganegara Malaysia.

 Beliau pasti bahawa Chin Peng akan berasa gembira sekiranya dikebumikan di negara yang paling lama dihuni anggota gerila itu.

 “Dia tidak pernah mendapatkan kerakyatan (Malaysia) ketika dia menyertai Parti Komunis Malaya (PKM).Saya tidak pasti sama ada beliau mendapat kewarganegaraan dari Thailand tetapi dia bukan seorang warga Malaysia,” katanya kepada Malaysiakini.

 Sehubungan berita kematian Chin Peng, seorang bekas anggota PKM berhajat agar abu mayatnya dibawa pulang ke kampung halaman di Sitiawan, Perak.

SUMBER

Tuesday, 3 September 2013

A.Samad Said Dikehendaki Polis


 alt

Aktivis politik A Samad Said dikehendaki polis bagi membantu siasatan berhubung isu pengibaran bendera Sang Saka Malaysa pada ambang kemerdekaan baru-baru ini.

 Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, dua lagi aktivis politik, Hishamuddin Rais dan Adam Adli kini berada dalam tahanan polis atas dakwaan sama.

 Pada malam 30 Ogos lalu, Rakyatnews menyiarkan video di laman Youtube memaparkan ketiga-tiga aktivis tersebut mengibarkan bendera Sang Saka Malaya di Dataran Merdeka sambil melaungkan Jalur Gemilang bukanlah bendera kebangsaan sebenar.

 Dakwa mereka, jalur Gemilang adalah hasil ciplak daripada bendera Amerika Syarikat dan bendera Sang Saka Malaya merupakan bendera kebangsaan sebenar.

 Menurut Khalid, kesemua yang ditahan akan disiasat mengikut Akta Hasutan.

SUMBER