This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Wednesday 15 May 2013

81 peratus mahu Anwar bersara

 
Lebih 81 peratus pembaca akhbar The Edge mahu Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bersara setelah pakatan tersebut gagal membentuk kerajaan pusat selepas PRU13, 5 Mei lalu.

Bancian online The Edge melalui laman www.theedgemalaysia.com menunjukkan setakat jam 3 petang kelmarin, sebanyak 12,588 mengambil bahagian dalam bancian tersebut.

Daripada jumlah itu, 10,275 undian mengatakan sokongan supaya Anwar memenuhi janji untuk meletakkan jawatan tersebut.

Sementara itu, sebanyak 2,314 orang pula mahu Anwar terus mengetuai pakatan pembangkang kerana berjaya memenangi lebih banyak kerusi berbanding pilihan raya umum lalu.

Bancian ini masih berlangsung dengan soalan berbunyi, ‘PR telah gagal menawan Putrajaya pada PRU13. Adakah Anwar perlu meletakkan jawatan sebagai ketua?’.

Anwar dalam video ucapannya pada 17 Ogos tahun lalu berkata beliau akan berundur daripada politik dan memilih menjadi pensyarah jika rakyat masih memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN) pada PRU13.

Bagaimanapun, Ketua Pembangkang itu menukar pendiriannya sebelum ini untuk bersara dari dunia politik kerana mendakwa PRU13 dipenuhi penipuan dan akan terus memperjuangkan hak rakyat menuntut pilihan raya adil dan bersih.

SUMBER

Monday 6 May 2013

Kamilia Tewas Di Kuala Kangsar

alt
 
Bekas Naib Ketua Wanita UMNO Datuk Kamilia Ibrahim hilang wang deposit ekoran gagal mendapat sokongan 1/8 undi di Parlimen Kuala Kangsar.

Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, keputusan tersebut disebabkan beliau dipinggirkan penyokong ekoran bertindak membelakangi parti dengan bertanding sebagai calon Bebas menentang partinya sendiri.

"Sejarah membuktikan pengasas Umno Allahyarham Datuk Onn Jaafar meninggalkan Umno dan menubuhkan Parti Negara tapi akhirnya apa? Akhirnya rakyat menolak pemimpin yang mengasaskan Umno (itu) kerana mereka tahu kalau individu tiada, tapi parti ada dan berkuasa, perjuangan masih boleh diteruskan," katanya.

Keputusan di Kuala Kangsar calon BN Datuk Wan Mohamad Khair menang dengan perolehan undi sebanyak 14,218 manakala calon PAS, Khalil Idham Lim Abdullah meraih 13,136 undi.

Kamilia dipecat dari BN dengan bertindak menamakan dirinya sebagai calon di Parlimen Kuala Kangsar sungguhpun telah ditawarkan untuk bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Chandan, Perak.

SUMBER

Saturday 4 May 2013

Timbalan Ketua Wanita PKR Batu keluar parti

alt
 
Parti Keadilan Rakyat (PKR) Parlimen Batu menerima tamparan hebat menjelang hari pengundian Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) Ahad ini apabila Timbalan Ketua Wanitanya, G. Sara Lili bersama 120 ahli parti itu bertindak keluar parti dan menyertai Barisan Nasional (BN).

Keputusan itu diumumkan beliau pada majlis bersama rakyat di Dewan Komuniti Bandar Baru Sentul di sini malam tadi, yang turut dihadiri calon BN Parlimen itu, Prof. Madya Dr. Dominic Lau Hoe Chai.

Serentak dengan itu beliau menyerahkan borang keahlian parti Gerakan kepada Dominic sambil mendapat tepukan gemuruh kira-kira 1,000 penduduk yang hadir.

Ketika ditemui pemberita selepas majlis itu, Sara berkata, mereka kecewa dengan sikap Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Ismail dan Naib Presidennya, Tian Chua yang tidak pernah turun padang menyelesaikan masalah penduduk setempat.

"Tindakan keluar PKR diambil sebulat suara oleh saya ahli-ahli PKR Parlimen Batu sebagai bantahan secara terbuka kepada Tian Chua. Kami berjanji akan memberi sokongan padu kepada calon BN yang sentiasa menjaga nasib orang India di kawasan Parlimen Batu.

"Kami menyokong penuh kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak daripada kerajaan BN," katanya.

Sara berkata, Tian Chua yang juga penyandang kerusi Parlimen Batu itu tidak pernah turun padang untuk berkhidmat atau berjumpa para pengundi India di kawasan itu.

Katanya, janji-janji untuk menyelesaikan isu kebajikan masyarakat India sejak pilihan raya umum 2008 tidak pernah ditunaikan sehingga hari ini.

SUMBER

Friday 3 May 2013

Anwar Mula Tertekan di Permatang Pauh

 
Setelah 13 hari berkempen, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang berdepan dengan calon Barisan Nasional (BN) Dr Mazlan Ismail, kini dikatakan semakin tertekan untuk mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh.

Pertemuan ibarat 'buku bertemu ruas' pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13)Ahad ini, dapat dirasai apabila ceramah Anwar di Permatang Pauh tidak lagi 'berapi' seperti sebelumnya, dan tidak ramai lagi pengikut setia di Permatang Pauh yang meminati ceramahnya.

Tinjauan Bernama mendapati lebih ramai anak-anak muda berada di kedai-kedai mamak menonton siaran langsung bola sepak pada waktu malam berbanding mereka yang pergi mendengar ceramah.

Seorang anak muda Permatang Pauh, Ahmad Azwan Bakhtiar, 25, ketika ditemui bersama rakan-rakanya di sebuah restoran nasi kandar di Seberang Jaya, menyifatkan ceramah Anwar hanya seronok didengar tetapi isi kandungan ceramah itu hanya mengulangi perkara yang sama.

"Anwar ini dok cakap benda-benda yang sama, kami pun dah tak larat dengar dah sebab tu kami lepak kedai mamak, tengok bola lagi bagus...tunggu la hari mengundi nanti, kami buat keputusan," katanya.

Sememangnya Anwar telah ketandusan modal dan terpaksa menggunakan isu-isu lapuk seperti mendakwa Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai perdana menteri yang lemah, mengutuk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, selain membuat janji-janji luar biasa.

Dalam siri-siri ceramahnya, Anwar juga dengan bangga memberitahu rakyat bahawa dia bakal menjadi perdana menteri, dan meminta rakyat menyokong untuk memenuhi cita-cita peribadinya itu.

"Hari ini kita menang, esok kita tubuh kerajaan, saya jadi perdana menteri kita turunkan harga barang, harga minyak" itulah antara dialog Anwar di mana sahaja beliau pergi berceramah.

Bagi pencabarnya Mazlan, pengalaman berada dalam PAS selama lebih 20 tahun di Pulau Pinang, dan pernah memegang jawatan Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri (2001-2005) serta Ketua Dewan Pemuda PAS negeri (1986-2000), memberikannya 'nilai tambah'.

Bekas naib presiden Telekom Malaysia itu dilihat mampu menyaingi Anwar kerana disokong oleh rakan-rakan lamanya, malah mengetahui sikap Anwar yang sebenar.

Timbalan Presiden Jalur Tiga (Jati) yang juga sahabat karib Anwar, Datuk Aidit Ghazali, berkata berdasarkan hasil kajian dan pemerhatian yang dilakukannya, Mazlan boleh mengalahkan Anwar berdasarkan faktor akhlak, akidah dan syariah.

Katanya jika dibandingkan dari segi moral, Mazlan lebih disegani kerana tidak pernah terpalit dengan sebarang skandal, dan beliau juga orang yang dihormati kerana sikap merendah diri walaupun berpelajaran tinggi serta memegang jawatan yang tinggi dalam syarikat korporat.

"Pengundi Permatang Pauh haruslah membuat perbandingan antara Dr Mazlan dengan Anwar... siapakah yang lebih layak menjadi wakil rakyat mereka, ketepikan segala sentimen peribadi dan fikirkanlah masa depan negara," katanya.

Begitu juga dengan pendapat bekas sahabat baik Anwar semasa dalam Abim, Dr Sidek Baba, yang membongkar siapakah Anwar sebenarnya setelah beliau membuat siasatan selama tiga tahun.

Katanya antara faktor beliau meninggalkan Anwar ialah isu moral, dan Anwar tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan Mohamad Ezam Mohd Noor juga menggesa pengundi di Permatang Pauh supaya tidak mengulangi kesilapan dengan memberi kemenangan besar kepada Anwar seperti yang dilakukan pada pilihan raya kecil 2008.

Katanya Anwar juga dikenal pasti sebagai alat kepada agenda barat, dan satu undi yang diberikan kepada Anwar, ibarat memberi undi kepada perkakas agenda besar yang menjahanamkan negara.

Selain faktor masalah keperibadian Anwar, kemelut pertindihan kerusi antara calon PAS dan PKR di kawasan Dewan Undangan Negeri Sungai Acheh, sedikit sebanyak boleh memberi 'kesan' sesama penyokong pakatan pembangkang.

Sikap pentingkan diri PKR menyebabkan PAS terpaksa memberi laluan kepada calon parti itu bertanding. Situasi itu menyebabkan timbul rasa tidak puas hati dalam kalangan anggota akar umbi PAS, selain mereka turut menggesa PAS keluar daripada pakatan pembangkang.

Penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian, berkata ketidaksefahaman pembangkang dalam pengagihan kerusi pada pilihan raya umum kali ini boleh menjadi faktor anggota akar umbi PAS memberikan undi kepada calon BN.

Beliau berkata sekiranya anggota PAS di Permatang Pauh sepakat memberikan undi kepada Mazlan, ia mampu mengubah pola pengundian.

"Namun, sejauh mana penyokong PAS bersedia untuk memberi undi kepada Mazlan?. Tidak dinafikan, undi penyokong PAS mampu mengubah pola pengundian. Namun ia bergantung kepada mereka sama ada untuk terus setia dengan parti atau menyokong calon BN," katanya ketika dihubungi.

Sivamurugan berkata Mazlan mampu memberi saingan sengit kepada Anwar dan beliau menyifatkan kesediaan Mazlan untuk berhadapan dengan personaliti yang cukup besar dalam arena politik itu, sebagai sesuatu yang berani.

Bagi Mazlan pula, pengalamannya menjadi Ketua Dewan Pemuda PAS negeri selama 14 tahun dan timbalan pesuruhjaya PAS negeri selama empat tahun, sudah cukup untuk sahabat-sahabatnya dalam parti itu mengenali keperibadiannya.

Beliau menyeru anggota PAS di Permatang Pauh supaya menunaikan solat sunat istikharah sebelum membuat keputusan pada 5 Mei ini agar mendapat petunjuk bagi menentukan calon yang benar-benar layak menerajui kawasan parlimen itu.

"Saya pesan kepada sahabat-sahabat saya bila nak mengundi, saya minta hang pa (awak) sembahyang sunat istikharah. Ini adalah ajaran nabi kita. Dalam hidup kita ni mesti berlandaskan kepada agama," katanya.

Mazlan sebagai anak jati Permatang Pauh, melakar sejarah pada PRU13 ini, sekali gus memberi harapan baharu kepada penduduk Permatang Pauh untuk menjadikan 'Permatang Pauh yang disayangi, maju dan sejahtera' tanpa banyak politiking lagi.

SUMBER

Wednesday 1 May 2013

Norman Tetap Bidas PAS, Ahmad Idham Anggap Fikiran Sempit

 
Penerbit album Norman Abdul Halim tetap mempertahankan kenyataannya menerusi Twitter dengan mendakwa industri hiburan negara ini akan hancur jika Pakatan Rakyat (PR) termasuklah PAS memerintah selepas Pilihan raya Umum ke 13 (PRU-13) nanti.

Norman berkata, tujuan dia menulis perkara itu adalah untuk membolehkan masyarakat membuka mata untuk melihat kelemahan PR dengan memberikan pendapat dalam Twitter berkenaan.

"Dengan kenyataan yang diberi, saya menerima banyak kritikan tetapi apa yang saya cakapkan sebenarnya adalah fakta, bukannya suka-suka atau mahu menakut-nakutkan orang.

"Jangan lihat industri seni ini pada satu sudut tertentu, lihat pada keseluruhannya. Perlu diingat industri kreatif berkembang dan ia sekali gus meningkatkan ekonomi negara.

"Apabila saya kata industri hancur jika PAS memegang negara adalah kerana tumpuan parti itu lebih untuk menjadi kerajaan khusus untuk Islam dan Melayu.

 
“Dengan dasar PAS yang sebelum ini sering menolak industri kreatif menerusi pengharaman pawagam di Kelantan dan Terengganu, ia sedikit sebanyak menghilangkan sebahagian sumbangan kepada ekonomi kita," ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Isnin.

Dalam Twitter miliknya Ahad lalu Norman antara lain turut berkata pengeluaran filem dan muzik antarabangsa juga akan turut terjejas.

Komen Norman itu mendapat kritikan banyak pihak yang tidak bersetuju dengan pandangan tersebut termasuklah penerbit filem Ahmad Idham Ahmad Nadzri yang menyifatkan pandangan berkenaan sebagai cetek.

Norman yang juga Pengerusi Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) berkata, kelemahan PAS dapat dilihat berpandukan kepada isu-isu sebelum ini apabila pelbagai konsert telah diharamkan dan ia sekali gus menyekat perkembangan industri seni negara.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan komen yang diberikan di Twitter bukan kerana mahu mengkritik mana-mana individu tertentu, sebaliknya dasar kepimpinan parti PAS.

"Orang yang tidak rasional sahaja yang tidak boleh menerima kenyataan saya itu. Lagipun saya cakap pun secara hormat dengan meminta maaf terlebih dahulu sebelum berkata-kata.

"Jangan salah ertikan maksud saya. Saya seorang beragama Islam tetapi bukan agama PAS," tegasnya.

 
Mengulas kenyataan tersebut Ahmad Idham berkata selebriti-selebriti yang menganggap industri seni akan hancur dengan perubahan kerajaan adalah mereka yang memiliki pemikiran sempit kerana cuba mengaitkannya dengan hiburan.

"Saya tidak berpihak kepada sesiapa tetapi ingin menegaskan kepada para artis supaya tidak mengaitkan apa-apa perkara melibatkan politik dengan industri seni.

"Apabila ada yang menganggap industri seni akan hancur sebaik sahaja pemerintahan kerajaan bertukar tangan, ia adalah satu perkara yang mengarut.

"Bagi saya, industri seni kita mempunyai pendirian sendiri dan ia mampu berdikari walaupun sesiapa sahaja memimpin negara.

"Saya tak mahu ada pihak menganggap orang seni terlalu bergantung harap kepada kerajaan yang memerintah.

Yang menjadi penentu filem saya laku atau tidak bukan menerusi kontrak kerajaan, tetapi para penonton yang menontonnya," katanya.

Tambah Idham lagi, dia yakin dengan memiliki produk filem atau muzik yang bagus, industri seni tempatan tidak akan tergugat sama ada kerajaan bertukar tangan mahupun tidak.

Dalam pada itu, Idham turut menasihatkan kepada para artis yang terlalu lantang bersuara berhubung hal-hal politik supaya mengkaji dahulu asal usul parti serta sejarah negara.

Katanya, jika komen yang diberi tanpa dibuat kajian, ia dikhuatiri mungkin boleh memberikan persepsi buruk kepada masyarakat yang akan menganggap artis tempatan mempunyai tahap pengetahuan yang cetek.

SUMBER