This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Tuesday 30 April 2013

Nurul Izzah & Tian Chua Cuba Buat Huru Hara

 
Tian Chua dilaporkan telah membuat provokasi di pusat mengundi kem askar di Parlimen Batu yg mengatakan dakwat yg dicalit pd jari pengundi Askar yg bernama Azmi telah hilang.

Tian Chua dan Nurul Izzah telah membawa Azmi ke Balai Polis skrg utk membuat laporan..

Mereka mula membuat provokasi stage 1 kearah Arab Spring..

Tian Chua dilaporkan telah membuat provokasi di pusat mengundi kem askar di Parlimen Batu yg mengatakan dakwat yg dicalit pd jari pengundi Askar yg bernama Azmi telah hilang.

Tian Chua dan Nurul Izzah telah membawa Azmi ke Balai Polis skrg utk membuat laporan..

Mereka mula membuat provokasi stage 1 kearah Arab Spring..

IZZAH DAN PAKATAN SEDANG MENIPU RAKYAT

Pertama BAJU ASKAR yang IZZAH tolong cuci tu BUKAN BAJU ASKAR yang tentera pergi mengundi. Itu baju untuk operasi!

Kedua Cara calit dakwat kekal BUKAN seluruh jari macam dalam gambar tu... tapi gambar sebelah kanan iaitu dari ruas kuku atas sampai bawah kuku!

MENIPU LAGI!!!

SUMBER

Nik Aziz Nafi Dakwaan Miliki Tanah Jutaan Ringgit

 
Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada Selasa menafikan dakwaan beliau memiliki 14 lot tanah seluas 1.76 hektar yang bernilai jutaan ringgit.

Nik Aziz berkata, dakwaan terhadap beliau itu hanya bertujuan untuk mengelirukan rakyat dan mahu menjejaskan reputasi dan nama baiknya.

"Jika tanah itu betul milik saya, dah tentu saya sumbangkan. Bagaimanapun, saya hanya pemegang amanah atas tanah itu bagi pihak Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK)," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran kabel optik untuk Kota Baru dan Kelantan di sini, Selasa.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan media pada Selasa bahawa calon Bebas dari Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali mendakwa Nik Aziz dan isterinya, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak memiliki 27 lot tanah di sekitar Kota Baru yang bernilai lebih RM10 juta.

Nik Aziz didakwa memiliki 14 lot tanah di Bandar Baru Tunjong, manakala isterinya Tuan Sabariah memiliki 13 lot tanah di sekitar Kota Baru termasuk dua daripadanya dipajak kepada Petronas selama 40 tahun untuk membina stesen minyak Petronas di Pulau Melaka.

Pendedahan Ibrahim yang dibuat pada Isnin itu ekoran mendapat maklumat mengenai pemilikan tanah Nik Aziz sebulan lalu, selepas menerima satu sampul surat mengandungi senarai tanah dan salinan geran milik Menteri Besar Kelantan itu dan isterinya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan yang mempertahankan Nik Aziz berhubung dakwaan itu berkata, tanah tersebut sebenarnya adalah milik PMBK selepas pembelian terus daripada orang perseorangan antara tahun 2006 dan 2007.

"Kesemua tanah tersebut berada dalam kawasan rizab Melayu dan di atas pegangan hak milik 'selama-lamanya'. Institusi PMBK tidak ditafsirkan sebagai "Melayu" menurut Enakmen Rizab Melayu Kelantan 1930.

"Bagi tujuan menjaga kepentingan PMBK dan mempercepatkan proses pindah milik, pengurusan PMBK pada 2007 membuat keputusan supaya Datuk Nik Aziz selaku Pengerusi PMBK sebagai Pemegang Amanah bagi kesemua 14 lot tanah tersebut bagi pihak PMBK.

"Bagi mengesahkan keputusan itu, satu Surat Ikatan Amanah bertarikh 5 November 2007 telah dibuat antara PMBK dan Datuk Nik Aziz. Surat Ikatan Amanah tersebut adalah kekal berkuatkuasa sehingga hari ini," katanya.

Dalam pada itu, Takiyuddin mencabar Ibrahim untuk membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya dakwaan itu adalah benar.

"Saya cabar beliau untuk membuat laporan (SPRM) dalam tempoh 24 jam dan kita akan mengambil tindakan yang sewajarnya.

"Saya juga menasihatkan beliau untuk memeriksa semua fakta dengan betul sebelum membuat kenyataan lanjut," katanya.

SUMBER

Monday 29 April 2013

Calon MCA Bagan Cabar Guan Eng Berdebat

 
Calon MCA bagi kerusi Parlimen Bagan, David Chua Teik Siang mencabar penyandang kerusi berkenaan, Lim Guang Eng untuk berdebat.

Chua yang juga Ketua Pemuda MCA bahagian Bagan berkata beliau mahu berdebat dengan Lim yang merupakan Setiausaha Agung DAP serta Ketua Menteri kepada kerajaan sementara Pulau Pinang mengenai isu pembangunan dan masalah sosial yang berlaku di Bagan.

"Debat ini akan mendedahkan prestasi Lim sebagai ahli Parlimen selama lima tahun lalu serta prestasi dua Exco Kerajaan Negeri, Phee Boon Poh dan Lim Hock Seng, yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Puyu dan Bagan Jermal.

"Saya juga ingin membawa isu serta masalah yang dihadapi oleh penduduk di Bagan Dalam serta prestasi penyandang kerusinya, A. Tanasekharan," katanya pada sidang media di sini pada Isnin.

Pada Sabtu, Chua melancarkan lima perkara yang akan diberi tumpuan dalam manifestonya.

Antaranya ialah membina 2,000 rumah kos rendah,memelihara budaya semua bangsa dan memelihara kebebasan bersuara, pendidikan, menjaga kebajikan masyarakat serta memerangi jenayah di Bagan.

Pada 21 April, Chua turut mencabar Hock Seng untuk berdebat di Dataran Demokrasi di Mak Mandin mengenai isu Rumah Hijau.

Bagaiamanapun, sesi debat berkenaan tidak berjalan lancar terutamanya apabila penyokong DAP menggangu perjalanan majlis berkenaan dengan insiden ejek-mengejek serta menjerit kepada penceramah.

SUMBER

Sunday 28 April 2013

"Tak perlu serang saya, tangkap penjenayah" : Husam

Husam Musa
 
Datuk Husam Musa menggesa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menghentikan 'serangan' yang tidak berasas terhadapnya berhubung isu kematian Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri), Allahyarham Datuk Shaharuddin Ibrahim kelmarin.

Sebaliknya Naib Presiden Pas itu mendesak kerajaan supaya memberi fokus untuk menangkap segera penjenayah yang masih bebas sebelum hari pengundian 5 Mei.

"Itu bukan isunya. Isunya adalah sudah tiga hari jenayah ini berlaku, kita tak dapat tangkap penjenayah terbabit juga.

"Jadi saya cadangkan kepada beliau fokus kepada penjenayah tersebut, jangan jadikan ini satu isu, nanti penjenayah itu pula bergelak ketawa," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Mini Karnival Kanak-kanak, di sini, hari ini.

Semalam, Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno membidas Husam kerana mendakwa pembunuhan Shaharuddin adalah disebabkan kerajaan korup.

Hishammuddin berkata, kenyataan calon Pas bagi kawasan Parlimen Putrajaya itu adalah biadap dan sama seperti kenyataan Naib Presiden PKR, Tian Chua berhubung kejadian pencerobohan Lahad Datu bulan lalu.

Tian Chua sedang berhadapan dengan kes mahkamah. Hishammuddin berkata, Husam patut berhati-hati kerana kata-katanya boleh menyinggung perasaan penjawat awam di seluruh negara.

"Beliau tidak bertanggungjawab kerana mengaitkan kematian pegawai kastam tersebut dengan rasuah," katanya.

Mengulas lanjut, Husam yang juga calon kerusi Parlimen Putrajaya mendakwa Hishammuddin cuba menyembunyikan masalah keselamatan dengan membangkitkan isu tersebut.

"Datuk Hishammuddin cuba nak sembunyikan hal ehwal keselamatan, kawalan keselamatan negara dengan membuat serangan terhadap saya tidak fasal-fasal," katanya lagi.

SUMBER

Saturday 27 April 2013

"Saya akan lawan saman Umno" : Mustafa

Mustafa Ali
 
"Saman itu (Umno) saya akan lawan, dia saman tiga, saya, Zulkifli, dan Asmuni. Kami akan lawan Umno." Demikian tegas Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali hari ini.

Katanya, beliau tidak gentar dengan saman Umno, sebaliknya akan melawan kes itu di mahkamah dalam masa terdekat.

"Dia dah saman saya, kita lawan yang itu dulu, biar selesai satu-satu," katanya kepada pemberita di Pejabat Agung Pas di sini, hari ini.

Ketika ditanya pemberita sama ada beliau akan mengambil tindakan yang sama seperti Umno, katanya, perkara itu perlu diselesaikan satu persatu dan Mustafa enggan meletakkan sebarang komitmen untuk mengambil tindakan balas.

"Saya tak nak buat komitmen apa-apa (pasal video), saya akan lawan yang itu dulu," katanya yang enggan mengulas lanjut tentang pendedahan video skandal seks itu sambil menyerahkan perkara tersebut kepada peguamnya.

Mustafa berkata demikian mengulas lanjut tindakan Umno yang memfailkan saman terhadap beliau, peguamnya Asmuni Awi dan Ketua Pengarang Harakah Daily.net, Zulkifli Sulong berhubung dakwaan yang mengaitkan pertubuhan itu dengan penyebaran video lucah di laman sesawang Papa Gomo pada 11 April lalu.

Saman itu difailkan oleh Datuk Abdul Rauf Yusof atas kapasiti pegawai awam bagi Umno dan juga plaintif, melalui firma guaman Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 22 April lalu.

Pihak plaintif antaranya menuntut ganti rugi am dan khas, ganti rugi teruk, ganti rugi keterlaluan dan injuksi serta menuntut permohonan maaf.

Walaupun Mustafa diasak beberapa kali oleh pemberita tentang isu video itu, beliau secara ringkas berkata, beliau akan menjawab persoalan itu dalam ceramah kempen pilihan raya di Rusila, Terengganu pada 3 Mei ini.

"Kalau nak tahu lanjut isu video, boleh datang dengar ceramah saya di Rusila, Terengganu pada 3 Mei depan," katanya.

SUMBER

Najib : Laungan 'Ubah' Cuma Gimik Pembangkang

 
Rakyat disarankan untuk tidak terpengaruh dengan slogan 'ubah' yang dilaungkan pembangkang ekoran ianya hanyalah gimik politik pembangkang.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, slogan yang didakwa 'madu' sebenarnya mengandungi 'racun' sepertimana yang telah berlaku di empat negeri pembangkang iaitu di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.

"Empat buah negeri yang ditadbir pembangkang, setengah daripada kita termakan dengan slogan ubah, tetapi hari ini keempat-empat negeri itu sarat dengan kekecewaan sebab kerajaan yang dipilih tidak dapat laksana apa yang dijanjikan."

"Jadi, saya ingin mengingatkan rakyat supaya jangan sesekali tertarik dengan ungkapan ubah sebab tidak ada apa-apa yang mereka lakukan sebelum ini selepas diberi amanah menjadi kerajaan di negeri berkenaan," katanya ketika berucap pada majlis pemimpin bersama rakyat di dataran Krian dekat Saratok, Sarawak, hari ini.

Hadir sama Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Alfred Jabu dan calon Barisan Nasional (BN) di kerusi Parlimen Saratok Tan Sri William Mawan Ikom, yang juga Menteri Pembangunan Sosial negeri.

Jelas Najib, kegagalan pembangkang di Selangor harus dijadikan sebagai iktibar untuk rakyat sepaya tidak memberi peluang kepada pakatan tersebut menjadi pemimpin.

Katanya, rakyat yang akan mengundi pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang harus bijak memilih pemimpin dengan tidak menilai dari sudut pandangan seseorang individu sahaja.

Tambahnya, pemilihan pemimpin harus mengambil kira soal kemampuan dan kepercayaan untuk memimpin rakyat pada masa hadapan.

Ujarnya, sokongan rakyat terutama di Sarawak mempunyai signifikannya tersendiri menjelang PRU13 ekoran ianya turut melambangkan kekuatan BN di peringkat pusat.

Kata Najib, pengundi di Sarawak juga bertanggungjawab menentukan masa depan kerajaan pusat yang lebih kuat demi menjamin kestabilan Sarawak dan negara amnya.

SUMBER

Friday 26 April 2013

Kamilia Mohon Maaf

 
Selepas melanggar peraturan UMNO dan Barisan Nasional (BN) dengan bertanding di kerusi Parlimen Kuala Kangsar, Bekas Naib Ketua Wanita UMNO Datuk Kamilia Ibrahim tampil meminta maaf diatas perbuatannya itu.

Permohonan maaf Kamilia disampaikan melalui sebuah rakaman video disebarkan kepada media dengan menyatakan tindakannya bertanding sebagai calon Bebas ekoran tidak dicalonkan oleh parti.

“Saya memohon maaf kepada semua yang tersinggung dengan tindakan saya. Saya jadi calon Bebas kerana tidak dipilih dan diberi watikah pencalonan oleh parti yang saya anggotai."

“Mengikut sistem demokrasi negara ini, saya boleh menawarkan diri sebagai calon asalkan memenuhi syarat yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),” katanya.

Kamilia sebelum ini dicalonkan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Chandan tetapi ditolaknya.

Beliau kemudiannya bertindak bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Kuala Kangsar apabila tampil di pusat penamaan calon 20 April lalu dan menghantar borang penamaan sebagai calon.

Keputusan Kamilia terus mendapat perhatian Majlis Tertinggi BN termasuk Pengerusinya Datuk Seri Najib TUn Razak yang kemudiannya bertindak memecat keanggotaan Kamilia serta segala jawatan yang dipegangnya di dalam UMNO.

Dalam pada itu, Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tindakan Kamilia bertentangan dengan perlembagaan UMNO dan parti dengan membelakangkan semangat perjuangan parti.

Jelasnya lagi, sebagai ahli Majlis Tertinggi UMNO, Kamilia seharusnya lebih memahami perjuangan parti dan memberi sokongan kepada calon yang dipilih.

Pemecatan Kamelia berkuatkuasa secara automatik selepas beliau menyerahkan borang penamaan calon tersebut dan surat rasmi pemecatannya dikeluarkan isnin lepas.

SUMBER

Thursday 25 April 2013

Jenice Lee : "DAP Tiada Hak Pecat Saya"

 
Calon Bebas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Teratai, Jenice Lee menegaskan jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) DAP tidak mempunyai kuasa untuk memecatnya dari parti serta turut mempersoalkan kesahihan pemecatannya.

Beliau menegaskan keputusan pemecatan yang dilakukan oleh CEC boleh dipertikaikan memandangkan Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah tidak mengiktiraf CEC kerana berlakunya penyelewengan ketika pemilihan parti itu pada Disember lalu.

"Jika CEC tidak diiktiraf, maka jawatankuasa disiplin juga tidak sah," katanya.

Lee dipecat daripada parti selepas mengemukakan borang penamaan calon untuk mempertahankan kerusi DUN Teratai di Selangor, Sabtu lalu.

Bekas ahli DAP itu turut menolak surat bertarikh 18 April daripada pengerusi jawatankuasa disiplin Tan Kok Wai yang menggantung beliau daripada tugas selama enam bulan atas beberapa sebab.

"Jika anda melihat surat tersebut, ia dibuat tanpa menggunakan kepala surat dan tandatangan. Tan pernah berkata, tidak akan mengenakan sebarang tindakan sehingga selepas pilihan raya umum, jadi bagaimana dia boleh mengeluarkan surat itu dengan tiba-tiba," soalnya dengan nada kesal.

Beliau turut mempertikaikan bagaimana tarikh surat tersebut telah dipinda kepada satu tarikh terkebelakang malah tidak pernah menerima surat tersebut secara peribadi.

Sebelum itu, Lee dan pembantunya, Lee Hsuan Ba berdepan siasatan jawatan disiplin selepas terdapatnya dakwaan kedua-duanya menyalahgunakan dana penduduk selepas membantu membina tembok penahan.

SUMBER

Tuesday 23 April 2013

Calon PKR Pengedar Dadah ?

 
Pemuda Umno Terengganu menggesa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendedahkan nama calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menjadi pengedar dadah.

Ketuanya, Saiful Bahari Baharuddin berkata dakwaan yang dibuat Abdul Hadi dalam ceramah di Marang pada Ahad itu sangat serius kerana mengedar dadah merupakan satu kesalahan jenayah.

"Kita gesa Abdul Hadi membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan," kata Saiful Bahari, selepas membuat laporan di ibu pejabat polis daerah Kuala Teregganu di sini pada Selasa.

Saiful berkata isu berkenaan juga akan membuka mata pengundi dan beliau menggesa mereka mengundi Barisan Nasional pada pilihan raya umum kali ini.

Sebelum itu, Abdul Hadi mendedahkan Pas terpaksa bertanding sehingga berlaku pertindihan calon di beberapa tempat sebagai usaha menyelamat bagi memastikan tiada syaitan yang menyerap masuk ke dalam pakatan pembangkang yang pastinya tidak boleh diterima oleh Pas.

Beliau menyatakan demikian kerana dipercayai berang dengan gejala kemasukan sebilangan calon tangkap muat di kalangan pakatan pembangkang untuk Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini.

"Ada calon-calon (pembangkang) yang kita khuatir...tak boleh sebut di mana-mana. Kita ada maklumat calon-calon, ada jadi tukang jual pil kuda. Orang Pas tak boleh terima calon macam ini," katanya ketika berceramah di Kampung Tebakang, Alor Limbat dekat pada 21 April lalu.

Hadi Awang turut menempelak golongan opportunis yang menjual nama-nama calon dalam pakatan pembangkang agar dicalonkan walaupun sudah dimuktamadkan naman-nama calon yang bertanding pada pilihanraya umum kali ini.

SUMBER

Monday 22 April 2013

Umno pecat 61 ahli tanding sebagai calon Bebas

Logo Umno
 
Jawatankuasa Khas Lembaga Disiplin Umno hari ini memecat seramai 61 ahli parti itu termasuk Datuk Kamilia Ibrahim yang bertanding sebagai calon Bebas berkuat kuasa serta-merta.

Pengerusi Jawatankuasa Khas Lembaga Disipilin Umno Tan Sri Tengku Ahmad Rithaudeen Tengku Ismail berkata, keputusan pemecatan itu diambil selaras dengan fasal 20.10 Perlembagaan Umno yang menyatakan mana-mana anggota Umno yang bertanding sebagai calon bebas akan dipecat daripada parti dan tidak akan diterima keahliannya selama-lamanya.

"Surat-surat pemecatan keahlian telah dihantar kepada mereka yang terlibat," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kamalia bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Kuala Kangsar.

Turut dipecat ialah bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang juga Anggota Jawatankuasa Bahagian Tasek Gelugor Datuk Seri Mohd Shariff Omar, yang bertanding di Parlimen Tasek Gelugor dan Ketua Pemuda Umno Bahagian Sepang Datuk Suhaimi Mohd Ghazali yang bertanding kerusi Parlimen Sepang.

Datuk Badruddin Tun Mustapha juga dipecat kerana bertanding di Parlimen Semporna dan Dun Senallang.

Ahmad Rithaudeen berkata, selain itu, tiga anggota Umno akan dipanggil minggu ini bagi menjawab tunjuk sebab mengapa tindakan disiplin tidak boleh diambil terhadap mereka kerana menjadi pencadang, penyokong atau gagal menyerahkan borang calon pada hari penaman calon Sabtu lepas.

Mereka akan dipanggil mengikut Fasal 20.8 Pelembagaan Umno dibaca bersama perkara 3 Tataetika Ahli Umno (Gagal mengikut perintah-perintah parti atau gagal menjalankan dasar-dasar parti).

"Lembaga Disiplin Umno sekali lagi mengingatkan anggota Umno bahawa lembaga disiplin telah bersiap sedia untuk bertindak ke atas mana-mana anggota Umno yang melakukan kesalahan sabotaj parti dalam waktu tempoh berkempen pilihan raya umum ke-13 ini.

"Tindakan tegas termasuk pecat dan gantung keahlian akan diambil setelah bukti-bukti dan laporan daripada pemantau yang dilantik diterima dan disiasat secara terperinci," katanya dipetik Bernama.

Ahmad Rithaudeen juga meminta semua anggota parti supaya bersatu padu dan menyokong calon-calon Barisan Nasional (BN) yang dinamakan bertanding oleh pucuk pimpinan parti. "Jauhi perbuatan sabotaj atau perbuatan yang boleh melemahkan parti dan BN," katanya.

SUMBER

Mat Taib Sah Sertai PAS

 
Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib akhirnya secara rasmi menyertai PAS pada Isnin.

Muhammad berkata beliau akan berkempen di Lembang Klang dan kawasan bandar di negara ini dengan menerapkan nilai-nilai murni yang diajarkan dalam Islam.

Muhammad, 65, yang juga bekas Naib Presiden Umno berkata beliau mahu menyertai PAS tahun lalu namun terpaksa menangguhkan keputusannya untuk menunggu masa yang lebih sesuai.

"Saya bersetuju untuk menyertai PAS dua hari selepas penamaan calon supaya dapat dapat menghilangkan tuduhan yang saya melakukannya untuk mendapatkan kuasa dan mahu menjadi calon dalam pilihan raya kali ini," katanya pada sidang media di ibu pejabat PAS di sini, pada Isnin.

Beliau berkata dia mahu menyertai PAS selepas menyedari pembangunan di Selangor kosong tanpa pembangunan jiwa dan rohani.

Muhammad menambah beliau akan memperjuangkan idea PAS dalam mengetengahkan nilai-nilai Islam dipraktikkan dalam setiap aspek kehidupan, terutamanya di Lembah Klang dan beliau berharap ia dapat menjadi contoh kepada kawasan lain untuk mengikutinya.

Bagaimanapun, Muhammad tidak menjawab sebarang pertanyaaan daripada pihak wartawan apabila beliau bergegas untuk memberi ruang kepada mesyuarat pimpinan PAS pusat.

SUMBER

Sunday 21 April 2013

Khalid Berang Semasa Sesi Pengistiharan Calon

 
Sesi pengisytiharan calon di hadapan Dewan Besar Tanjung menjadi sedikit tegang dengan kerenah calon PAS bagi kerusi Parlimen Shah Alam, Abdul Khalid Samad.

Pengumuman senarai calon oleh Datuk Haji Mohd Jaafar terganggu ketika Khalid membisikkan sesuatu kepada beliau.

Ketidakpuasan hati Khalid itu dipercayai berpunca apabila penyokong BN dikatakan berada lebih dekat dengan dewan sedangkan penyokong PAS pula berada pada jarak yang lebih jauh.


Di satu ketika Khalid dilihat ingin berjalan menuju ke penyokong-penyokong beliau bertujuan memanggil mereka supaya berada lebih dekat dengan dewan semasa senarai calon diistihar.

Namun tindakan Khalid dihalang oleh pegawai SPR, kerana calon tidak dibenarkan meninggalkan lokasi senarai calon diumumkan. Beberapa pegawai polis dilihat memanggil penyokong-penyokong PAS supaya berada lebih dekat dengan dewan atas permintaan Khalid.




SUMBER

Saturday 20 April 2013

Zulkifli Nordin 'Diterkam'

 
Tindakan beberapa orang lelaki India menerpa dan memeluk Zulkifli Nordin mengejutkan ramai pihak sewaktu calon Bebas bagi parlimen Shah Alam itu bersalaman dengan para penyokong Barisan Nasional (BN).

Walaubagaimanapun tindakan tersebut tidak mencetuskan sebarang insiden yang tidak diingini memandangkan Zulkifli yang ditarik oleh beberapa penyokong BN berketurunan India kelihatan bersalaman dan memeluk beliau sejurus selesai bacaan doa oleh para penyokong BN.

Orang ramai yang menyaksikan kejadian tersebut tertawa dan menepuk tangan, menjelaskan manifestasi penerimaan masyarakat India terhadap permohonan maaf calon Bebas bagi parlimen Shah Alam itu yang sebelum ini dikatakan bersifat rasis terhadap kaum itu.

"Saya yang dituduh sebagai rasis dan pelampau menghina agama Hindu terkejut apabila dipeluk dan dicium oleh lelaki India berkenaan.

"Insiden spontan ini adalah sesuatu yang tidak pernah berlaku dalam hidup saya." katanya.

 
Beliau turut memberitahu apa yang berlaku adalah sebagai penerimaan orang India terhadap permohonan maaf beliau secara ikhlas sebanyak dua kali.

"Saudara dan saudari boleh nampak ketulenan Gagasan 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri.

Daripada pencadang sehinggalah kepada penyokong bagi pencalonan saya datangnya dari parti MCA dan MIC.

"Sedangkan di pihak pembangkang, pencadang dan penyokong bagi pencalonan datangnya dari satu kaum. "Ini jelas menunjukkan ketidaksepakatan dalam kem pembangkang walaupun mereka inilah yang selalu melaungkan perkataan 'multi-racial'," katanya.

SUMBER

Friday 19 April 2013

2 Exco Disingkir dari Senarai Calon DUN Selangor

 
Pengumuman Calon Pakatan Rakyat (PR) Selangor malam tadi menyaksikan dua anggota Exco Kerajaan Selangor digugurkan daripada senarai calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Ianya membabitkan Pengerusi DAP Selangor Teresa Kok, yang juga Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan Negeri yang tidak mempertahankan kerusi DUN Kinrara serta Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Ronnie Liu bagi DUN Pandamaran.

Turut tidak disenaraikan dalam senarai calon PRU13 termasuklah ADUN Teratai, Jenice Lee.

 
Calon bagi kerusi yang kekal diperuntukkan DAP itu merupakan muka baru iaitu Ng Sze Han menggantikan Teresa manakala Tan Pok Shyong mengambilalih tempat Ronnie.

Antara calon baru yang diketengahkan DAP di peringkat DUN termasuklah Tiew Way Keng di Teratai, R. Rajiv di Bukit Gasing, Ng Tien Chee di Balakong, Yeo Bee Yin di Damansara Utama, V.Ganabatirau di Kota Alam Shah dan Loh Chee Heng di Teluk Datuk.

PKR pula meletakkan beberapa calon di peringkat DUN dari kalangan pimpinan Parti seperti Borhan Aman Shah (Dengkil), Lee Chin Cheh (Kajang), Dr Daroyah Alwi (Sementa), Hamidi A Hassan (Semenyih), Tengku Maraziyah Tengku Sulaiman (Kuang), K.Ramachandran (Batang Kali) dan Dr Idris Ahmad (Ijok).

Dalam pada itu, PAS mengekalkan calonnya, Dr Halimah Ali di Selat Klang, Iskandar Abdul Samad di Chempaka, Saari Sungib di Hulu Klang, Khasim Abdul Aziz di Lembah Jaya, Dr Ahmad Yunus Hairi di Sijangkang dan Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abd Rani Osman di Meru.

Manakala bagi kerusi Gombak Setia pula digantikan oleh Hasbullah Mohd Ridzwan. Di peringkat Parlimen, muka baru ialah Dr Ong Kian Ming (DAP) di Serdang,

Pengarah Strategik PKR Mohd Rafizi Ramli di Pandan, G. Manivanam (PKR) di Kapar, Dr Abdul Aziz Bari (PKR) di Sabak Bernam, Mohamad Rashdi Deraman (PAS) di Tanjung Karang, Mohamed Salleh M.Husin (PAS) di Sungai Besar dan Khalid Jaafar (PKR) di Hulu Selangor.

SUMBER

Thursday 18 April 2013

CEC DAP Tidak Sah

 
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) telah memutuskan bahawa Jawatan Kuasa Pusat (CEC) DAP yang dipilih pada pemilihan parti 15 Disember 2012 lalu tidak sah.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, ekoran keputusan ROS itu DAP tidak boleh menggunakan simbol parti pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

"Saya amat marah. Sebagai Setiausaha Agung dan saya nak tegaskan disini saya adalah setiausaha agung sahih yang dipilih oleh wakil-wakil DAP," katanya dalam sidang kepada pemberita di Ibu Pejabat DAP di Pulau Pinang, hari ini.

Turut hadir Setiausha Agung PAS Datuk Mustapha Ali, Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Saifuddin Nasuition, Gobind Singh Deo dan barisan pemimpin pembangkang.

Tambah Guan Eng, ROS telah menghantar sepucuk surat bertarikh 17 April 2013 menyatakan akan menangguh siasatan terhadap lantikan CEC yang dijalankan sebelum ini kepada tarikh 9 Mei 2013.

Sementara itu beliau turut menerima sepucuk lagi surat pada tarikh yang sama menyatakan CEC DAP tidak diiktiraf kerana sejumlah 753 perwakilan DAP tidak menerima notis lantikan jawatankuasa tersebut.

"Surat yang diterima oleh DAP diterima pada 17 April. Hari yang sama tiba-tiba ada satu lagi surat notis menurut seksyen 16 (1) Akta Pertubuhan bahawa jawatan CEC tidak diiktiraf," katanya.

Jelas beliau, DAP berkemungkinan akan menggunakan logo PAS untuk bertanding pada PRU13 di semenanjung dan logo PKR di Sabah dan Sarawak.

SUMBER

Calon BN ahli Pas?

Calon BN ahli Pas?
 
Perak mendakwa calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dun Manjoi, Mohamad Ziad Mohamed adalah ahli Pas sejak 16 tahun lalu apabila namanya masih tertera di dalam sistem maklumat ahli Pas.

Koordinator Jawatankuasa Isu dan Strategik Pas Negeri Perak, Dr Raja Ahmad Iskandar Al Hiss berkata, calon muda berkenaan adalah ahli Pas yang pernah berdaftar pada 5 Oktober 2013 dengan nombor ahli 441563.

Menurutnya, latar belakang Mohamad Ziad tidak diketahui Umno Bahagian Tambun sebelum ini dan difahamkan, beliau menyertai Umno secara kebetulan memandangkan beliau adalah menantu bekas Menteri Besar Perak.

"Perkara ini sudah tentu memberi kejutan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir kerana sebelum ini mereka diberitahu latar belakang semua calon telah ditapis.

"Walaupun hanya ahli biasa, beliau (Mohamad Ziad) turut menyumbang tenaga dalam membantu Pas ketika pilihan raya umum 2008," katanya pada sidang media di Pejabat Pas Negeri Perak, semalam.

Tambahnya, Pas Perak sekadar berkongsi maklumat mengenai latar belakang calon berkenaan dan mengucapkan selamat bertanding kepada Mohamad Ziad pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Sementara itu, Mohamad Ziad ketika dihubungi Sinar Harian menafikan dakwaan mengatakan beliau adalah ahli Pas dan menganggapnya satu provokasi daripada pembangkang.

SUMBER

Wednesday 17 April 2013

Mat Taib Tiada Maruah Jika Sertai Pas

Muhammad Haji Muhd Taib
 
Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik menyifatkan tindakan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib jika benar berhasrat menyertai Pas pada 22 April ini sebagai tidak ada harga diri.

Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno berkata, Muhammad atau lebih mesra dikenali sebagai Mat Taib tidak seharusnya berbuat demikian yang dilihat mengutamakan kepentingan diri melebihi perjuangan parti.

"Kalau merajuk pun tapi jangan buat keputusan melebihi kepentingan nasional. Ini (setia kepada parti) adalah satu pengorbanan supaya perjuangan kita berjaya. Agenda peribadi tidak boleh atasi perjuangan parti atau organiasi.

"Kalau beliau buat keputusan ini (maknanya) dia rendahkan martabat diri sendiri. Saya harap ini tidak akan berlaku," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Bengkel Pelaksanaan Amalan Pertanian Baik (GAP) Peringkat Negeri Johor di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Muar, dekat sini, Rabu.

Beliau mengulas spekulasi menyatakan bahawa bekas menteri besar yang akan menyertai Pas dalam masa terdekat itu adalah Mat Taib sebagaimana yang didedah oleh Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin baru-baru ini.

Rahim seterusnya melahirkan rasa hairan bagaimana seorang pejuang Umno seperti Mat Taib sanggup atau tergamak menyertai Pas.

Jelasnya, ini kerana parti politik yang kononnya memperjuangkan Islam itu sudah terlalu banyak mengkhianati agama Islam itu sendiri terutama dalam mengkompromikan isu kalimah Allah, menyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) selain berkawan dengan DAP yang anti-Islam.

Terdahulu ketika berucap, beliau yang juga Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) mengingatkan kira-kira 450,000 pekebun kecil di seluruh negara supaya tidak melupakan jasa pihak yang telah membantu meningkatkan taraf hidup mereka.

Beliau mahukan masyarakat pekebun kecil terus meyokong segala usaha kerajaan membantu mereka terutama hasrat meningkatkan pendapatan sehingga RM2,500 sebulan untuk tanaman seluas 2.5 hektar tercapai menjelang 2015.

SUMBER

Tuesday 16 April 2013

Zul Noordin tekad tumbang PR

Zulkifli Noordin
 
Bekas anggota Parlimen Bebas Kulim-Bandar Baharu Datuk Zulkifli Noordin bertekad untuk menumbangkan calon pembangkang di Parlimen Shah Alam bagi memastikan Barisan Nasional (BN) menakluk kembali Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Beliau percaya kejatuhan pembangkang di Shah Alam, yang merupakan ibu negeri Selangor dan paksi kepada kekuatan sesebuah kerajaan negeri di sini, bakal membuka jalan yang cukup luas bagi BN merampas kembali Selangor daripada tangan pembangkang.

"Saya cukup yakin dengan sokongan yang ditunjukkan jentera BN di sini, kita akan jatuhkan calon pembangkang di Shah Alam dan mengembalikan Selangor kepada BN. Saya bersama jentera BN akan merangka strategi terbaik memastikan kemenangan BN," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak selaku Pengerusi BN Selangor hari ini mengumumkan bahawa Zulkifli yang juga Naib Presiden Perkasa sebagai 'calon rakan BN' di Parlimen Shah Alam di sini.

Kerusi Parlimen Shah Alam disandang Abdul Khalid Samad daripada Pas apabila memperoleh 33,356 undi berbanding calon BN, Abdul Aziz Shamsuddin yang mendapat 24,042 undi pada PRU12 2008.

Ditanya mengapa bertanding di bawah tiket BN, Zulkifli hanya menjawab ringkas: "hanya BN yang mampu membela nasib rakyat", tanpa menjelaskannya dengan terperinci.

Mengulas kedudukan pencalonannya pada PRU13 sama ada menjadi calon bebas atau bakal menyertai Umno dan BN selepas ini, beliau menjawab: "Buat masa ini saya di bawah BN, sebagai calon BN,".

Ketua Umno Bahagian Shah Alam, Datuk Ahmad Nawawi M Zin yang dinamakan calon BN bagi Dewan Undangan Negeri Batu Tiga di sini menyifatkan Zulkifli sebagai aset berharga yang dapat memastikan kemenangan BN di Shah Alam.

"Kami di peringkat akar umbi akur dengan keputusan Presiden (Najib) dan akan memberikan sokongan penuh dan padu di Parlimen Shah Alam kepada beliau (Zulkifli).

"Akar umbi yakin Zulkifli merupakan calon terbaik bagi merampas kembali Parlimen Shah Alam dan percaya sekiranya dipilih sebagai wakil rakyat, beliau dapat membawa perubahan besar kepada Shah Alam nanti," katanya.

SUMBER

Monday 15 April 2013

Rafizi Saman Papa Gomo

Rafizi Ramli
 
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mahu menyaman pemblog kontroversi, Papa Gomo atas alasan telah memfitnah beliau, kononnya pernah dipecat oleh Petronas.

Menurut Rafizi, beliau telah mengarahkan peguamnya, Razlan Jalaluddin untuk mengemukakan surat tuntutan terhadap Papa Gomo secepat mungkin untuk memulakan proses undang-undang.


"Saya percaya Papa Gomo akan mencari pelbagai alasan untuk tidak menerima surat tuntutan tersebut termasuk menafikan Wan Muhanad Azri Wan Deris sebagai Papa Gomo.

"Malah tindakan mengumumkan akan bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh juga adalah helah beliau untuk meletakkan orang lain yang akan mengaku sebagai dirinya bagi mengelak tindakan saman ini," kata beliau pada sidang media di sini, hari ini.

SUMBER

Sunday 14 April 2013

"Pembangkang Tiada Kerjasama" - Joseph Salang

 
Pakatan Pembangkang sekali lagi menunjukkan ketidaksepakatan antara parti komponen apabila meletakkan dua calon di Parlimen Julau, terdiri daripada calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), dan PAS.

Timbalan Menteri Penerangan dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang berkata, Barisan Nasional (BN) tidak berasa gentar ekoran ianya memberi kelebihan kepada BN.

"Bagi PKR dan Pas, yang merupakan rakan dalam apa yang dikenali sebagai Pakatan Rakyat, perebutan mereka untuk meletakkan calon di sana menunjukkan ketiadaan kerjasama dan persefahaman antara mereka."

"Ini akan menimbulkan masalah pembahagian kerusi, yang merupakan perkara biasa bagi mereka, bukan saja di sini, tetapi juga di kawasan lain," katanya kepada pemberita pada Majlis bersama Rakyat di Balong, malam tadi.

Mengulas lebih lanjut mengenai PKR, Salang menjelaskan parti tersebut tidak lebih dari niat utamanya untuk mengambil alih kerajaan.

"Kita sudah melihat betapa, walaupun mencapai kemenangan di Selangor pada pilihan raya lepas, para pemimpin parti itu nampaknya tidak tahu cara untuk menggunakan kuasa mereka demi manfaat rakyat."

"Mengenai PAS pula, perjuangannya bukan saja tidak relevan dengan penduduk Iban tempatan atau pengundi Cina di Julau, tetapi juga di seluruh Sarawak.

Malah, selepas pilihan raya kecil Batang Ai (di Sarawak) pada April 2009, para pemimpinnya mengeluarkan kata-kata yang menghina masyarakat Iban dan ini menunjukkan mereka tidak memahami masyarakat itu serta budaya mereka," ujarnya.

Kata Salang, walaupun PAS mempunyai semangat yang tinggi, tetapi perjuangan Islam yang digunakan PAS sebagai 'jenamanya' dilihat berlainan ekoran PAS turut mencampuraduk agama dan politik.

"Mungkin juga, PAS hanya ingin menunjukkan bahawa daripada segi semangat, ia sebuah parti pelbagai kaum dan agama, tetapi bukan daripada segi bentuk. Pada saya, jenama Islam yang terdapat pada parti itu juga, nampaknya berlainan."

"Apabila agama dan politik dicampuraduk, ia akan tercemar," kata Salang. Tambah beliau lagi, BN tetap relevan sebagai pilihan terbaik sekiranya pengundi melihat gambaran secara menyeluruh.

"Wakil BN adalah ibarat jambatan yang menghubungkan rakyat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga pengerusi BN.

"Sekiranya anda bakar jambatan ini dengan tidak mengundi BN pada pilihan raya akan datang, ia bererti anda menolak satu saluran yang paling bernilai untuk menyampaikan sungutan, harapan atau impian anda kepada kerajaan untuk menikmati hari esok yang lebih baik," katanya.

Pada PRU12, Joseph Salang menang besar di Parlimen Julau dengan majoriti 7 584 undi, dengan jumlah undi terhadap BN berjumlah 10 351 undi.

Sementara itu, pembangkang meletakkan Ambrose Labang dari PKR dengan perolehan undi sebanyak 2 767.

SUMBER

Friday 12 April 2013

Macam ni ke pemimpin PAS ?

 
Blog Haprak News yang memaparkan kedua-dua sumber tersebut lewat malam tadi turut menyediakan pautan bagi membolehkan pembaca memuat turut video penuh selama 11 minit 26 saat itu.
 

Selanjutnya

Wednesday 10 April 2013

SPR Umum Tarikh PRU13 Pada 5 Mei

PRU13_terbaru

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 20 April sebagai hari penamaan calon manakala pengundian akan diadakan pada 5 Mei.

Dalam pada itu pengundian awal akan diadakan pada 30 April. Ketiga- tiga tarikh itu ditetapkan pada mesyuarat khas yang diadakan di sini sebentar tadi.

Berdasarkan keputusan hari ini, tempoh berkempen selama 15 hari diperuntukkan. Tempoh berkempen pada pilihan raya umum 2008 ialah selama 13 hari.

Ketika mengumumkan tarikh-tarikh itu, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, seramai 13,268,002 rakyat Malaysia layak mengundi kali ini, berdasarkan daftar pemilih yang digazetkan esok.

Pilihan raya umum kali ini membabitkan 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dun. SPR mengadakan mesyuarat khas hari ini untuk menentukan tarikh pengundian dan pencalonan bagi PRU13 selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat pada 3 April lalu dan Dun antara 3 dan 5 April.

Sebelum dibubarkan, komposisi Dewan Rakyat menyaksikan BN menguasai 137 kerusi, selebihnya DAP (29), Pas (23), PKR (23), Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Parti Kesejahteraan Insan Tanahair (Kita) masing-masing satu kerusi.

Lapan lagi kerusi disandang anggota Parlimen Bebas. Abdul Aziz berkata, SPR telah menerima pengisytiharan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 3 April 2013 berhubung pembubaran Dewan Rakyat. Semua Dewan Undangan Negeri kecuali Sarawak telah dibubarkan setakat 5 April dan menurut Fasal 4 Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan, SPR perlu mengadakan pilihan raya umum dalam tempoh 60 hari daripada tarikh pembubaran.

Sarawak telah mengadakan pilihan raya negeri pada 2011.

Abdul Aziz berkata, SPR menetapkan writ pilihan raya dikeluarkan esok dan notis pilihan raya pada Jumaat, 12 April. Beliau berkata, berdasarkan daftar pemilih, terdapat 12,992,661 pemilih biasa dan 275,341 pengundi awal.

Pengundi awal terdiri daripada 161,251 anggota tentera dan pasangan; 111,136 anggota polis dan pasangan; serta 2,954 pengundi tidak hadir (pengundi di luar negara).

Abdul Aziz berkata, sebanyak RM400 juta diperuntukkan untuk pengendalian PRU13 melibatkan 234,905 petugas pilihan raya.

Untuk tujuan pengundian keseluruhan, SPR menyediakan 8,789 pusat mengundi dengan 26,219 tempat/saluran mengundi. Bagi pengundian biasa, 8,245 pusat mengundi dengan 25,337 saluran mengundi akan disediakan, manakala pengundian awal membabitkan 544 pusat mengundi dengan 882 tempat/saluran mengundi.

Empat peraturan baharu akan diperkenal pada pilihan raya kali ini ke arah penambahbaikan proses pengundian iaitu penggunaan dakwat kekal; pengundian awal oleh anggota polis dan tentera menggantikan undi pos; membenarkan orang kurang upaya (OKU) membawa orang dipercayai untuk membantu semasa pengundian, serta pemansuhan proses bantahan dan penarikan balik pencalonan.

Peraturan itu dilaksanakan berikutan pindaan terhadap Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981 (Pindaan) 2012 dan Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003 (Pindaan) 2012.

Ia diwartakan tahun lepas. Peraturan dakwat kekal mewajibkan setiap individu yang ingin mengundi untuk dicalit jari telunjuk kiri mereka sebelum diberikan kertas undi.

Bagi pengundi yang enggan mematuhi peraturan itu, kertas undi tidak akan dikeluarkan kepada mereka. Buat pertama kali dalam sejarah pilihan raya umum Malaysia, semua petugas media termasuk wartawan, jurugambar, jurukamera dan juruteknik yang bertugas di luar kawasan berdaftar mereka, juga layak memohon untuk mengundi awal.

SUMBER

Monday 8 April 2013

Papa Gomo Cabar Anwar Di Permatang Pauh

PAPA GOMO
 
Blogger Papa Gomo menyatakan hasrat untuk bertanding sebagai calon Bebas menetang Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim di Permatang Pauh.

Papa Gomo yang diwakili Presiden Pertubuhan Nadi Rakyat, Mohamad Rafi Awang Kechik mengumumkan kesediaan beliau untuk bertanding di Permatang Pauh atau mana-mana kerusi yang ditandingi Anwar.

"Keputusan untuk bertanding itu dibuat kerana dia benar-benar serius meminta agar Anwar berundur secara terhormat daripada arena politik negara ekoran pelbagai isu moral yang didakwa membelenggu pemimpin itu," kata Rafi kepada pemberita di Bangunan Yayasan Selangor Kg. Baru di sini, hari ini.

KENYATAAN PENUH PAPA GOMO

Assalammuakaikum dan selamat sejahtera kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya penduduk di Permatang Pauh Pulau Pinang.

Saya telah pun mengambil borang calon SPR bagi melayakkan diri saya bertanding di Parlimen Permatang Pauh pada PRU13 ini melalui wakil saya Saudara Rafi Awang Kecik yang juga merupakan Presiden Nadi Rakyat Malaysia.

Saya mengumumkan untuk bertanding pada pilihanraya ini menentang Dato Sri Anwar Ibrahim di Permatang Pauh bagi menunjukkan kepada Dato Sri Anwar Ibrahim yang saya benar benar serius untuk meminta beliau berundur secara terhormat dari arena politik negara.

Sebelum ini saya telah pun memberikan amaran agar beliau berundur bagi mengelakkan video-video aksi homoseks beliau dipaparkan kepada umum. Namun Dato Sri Anwar masih degil dan mahu mengheret pekara ini dengan lebih besar lagi.

Tun Dr Mahthir pernah memberikan Dato Sri Anwar Ibrahim nasihat untuk berundur secara terhormat sewaktu beliau menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Keewangan. Tun Dr Mahathir memberikan Dato Sri Anwar Ibrahim peluang untuk tidak diaibkan. Jadi saya juga telah melaksanakan apa yang idola saya Tun Mahathir lakukan dengan memberikan Amaran dan nasihat untuk Dato Sri Anwar Ibrahim berundur secara terhormat sebelum diaibkan dengan lebih dasyat lagi.

Saya mahu bertanding kerana saya mahu menyatakan kebenaran sebagai satu bukti nyata yang saya bukanlah menfitnah. Saya tampil masuk gelanggang bagi menyampaikan perkhabaran kepada dunia saya mahu rakyat sedar betapa rendah dan jijik moral Dato Sri Anwar Ibrahim yang mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Didalam pilihanraya ini lah medan terbaik untuk saya mendedahkan segala galanya yang mana dibantu dengan rakan rakan seperjuangan yang lain seperti Dato Eskay, Dato Nallakarupan, Ezam Mohd Nor, Ng Lum Yong, Zahid Mat Arip, Yb Zulkifli Nordin, Anuar Shaari, Hamizun, dan ramai lagi bekas bekas orang kanan Anwar Ibrahim yang kenal bentuk tubuh Dato Sri Anwar Ibrahim.

Kalah sudah pasti buat saya tetapi saya akan pastikan pengundi Permatang Pauh kenal dengan lebih dekat siapa Dato Sri Anwar Ibrahim ini apatah lagi dengan bukti yang ada ditangan saya.

Nantikan saya pada hari penamaan calon di Permatang Pauh. Misi Selamatkan Negara akan dilaksanakan saya dengan dibantu seluruh jentera NGO Nadi Rakyat yang diketuai Presidennya Saudara Rafi Awang Kecik.

SUMBER

Friday 5 April 2013

Raja Petra Dedah Pembelian Cincin RM 24 Juta Yang Dikaitkan Dengan Rosmah Mansor



Itulah Pakatan Pembangkang yang hanya tahu MENIPU dan MENFITNAH demi menanam sikap membenci Rosmah Mansor isteri kepada Perdana Menteri Malaysia.

SUMBER

Thursday 4 April 2013

Rosmah Mansor Dan Cincin RM24 Juta ..

 
Sehingga ke hari ini tidak pernah sekali pun Datin Seri Rosmah mengeluar ayat bahawa beliau membeli cincin itu hasil menabung dari kecil. Itu semua dilakukan oleh puak-puak mereka sendiri dengan melakukan pengubahsuaian pada muka depan akhbar Utusan Malaysia keluaran 8 Febuari 2008.

SUMBER

Tuesday 2 April 2013

"UMNO Guna Bomoh" : Hadi Awang

alt
 
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa UMNO perlu mendapat nasihat bomoh bagi menetapkan tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ekoran tarikh tersebut kini menjadi tanda tanya ramai pihak.

Dakwaan tersebut dikeluarkan Hadi ketika mengulas kenyataan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustapha Ali berkenaan tarikh PRU13 yang akan diadakan pada bila-bila masa. "InsyaAllah kita akan menghadapi PIlihan Raya Umum pada bila-bila masa.

Walaupun Datuk Mustapha Ali, Setiausaha Agung (PAS) menganggar tarikh-tarikh tersebut, saya yakin UMNO yang mengepalai barisan Nasional (BN) akan mendapat nasihat bomoh terlebih dahulu." "Kerana UMNO ini percaya pada bomoh.

Dia (UMNO) tanya bomoh terlebih dahulu lah nak tetapkan (tarikh) pilihan raya ini. Mungkin kalau bomoh dia tentukan kalau awal, awal lah. Tak sepertinya seperti tarikh yang Datuk Mustapha sebut tadi," katanya dalam sidang media di Pejabat Agung PAS di sini, hari ini.

Katanya lagi, PAS akan terus bersama Pakatan Rakyat (PR) berdasarkan kepada resolusi asas kerjasama pakatan tersebut.

Jelasnya lagi, parti komponen PR tidak sependapat dalam beberapa perkara berikutan perbezaan ideologi namun masih bersama berdasarkan prinsip PR. "Walaupun kita berbeza ideologi.

Kita faham dan bersefahaman dalam perkara yang berbeza dan kita bersatu dalam perkara yang bersama," katanya lagi.

SUMBER