Tuesday 17 September 2013

Kematian Chin Peng Tidak Dapat Padam Rasa Kebencian Pejuang Negara

alt

Datuk Seri Zahid Hamidi berkata golongan veteran polis dan tentera masih berasa benci pada bekas pemimpin Parti Komunis Malaya Chin Peng yang meninggal dunia di Thailand semalam.

 Menteri Dalam Negeri itu berkata golongan tersebut pastinya tidak akan dapat menerima sekiranya terdapat sebarang usaha untuk membawa pulang mayat atau abu mayat Chin Peng ke negara ini.

 "Kematian Chin tidak dapat memadamkan rasa kebencian kepada mendiang terutama di kalangan balu-balu polis dan tentera kepada ketua pengganas komunis yang telah mengorbankan ramai pejuang-pejuang negara yang terdiri dari polis dan tentera semasa darurat.

 "Tidak mungkin veteran polis dan tentera menerima mayat atau abunya sekalipun untuk dikebumikan di Malaysia," katanya dalam kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Malaysiakini.

 Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pula berkata beliau percaya Chin Peng tidak pernah menjadi warganegara Malaysia.

 Beliau pasti bahawa Chin Peng akan berasa gembira sekiranya dikebumikan di negara yang paling lama dihuni anggota gerila itu.

 “Dia tidak pernah mendapatkan kerakyatan (Malaysia) ketika dia menyertai Parti Komunis Malaya (PKM).Saya tidak pasti sama ada beliau mendapat kewarganegaraan dari Thailand tetapi dia bukan seorang warga Malaysia,” katanya kepada Malaysiakini.

 Sehubungan berita kematian Chin Peng, seorang bekas anggota PKM berhajat agar abu mayatnya dibawa pulang ke kampung halaman di Sitiawan, Perak.

SUMBER

0 comments:

Post a Comment